Tuesday, October 27, 2009


sesekali saya sendirian terfikir..

kenapa manusia takut pada perubahan??
sedangkan hidup ini matang dengan adegan-adegan bohong..bukan kita tidak pernah berfikir....pernah..sekali atau banyak kali..apa yang perlu untuk hidup kita?dan generasi akan datang...


Tuesday, September 15, 2009

SIMPOSIUM PELAJAR ISLAM JOHOR 2009 SELESAI

salam kepada pembaca sekalian,syukur kehadrat Allah S.A.W...akhirnya selesai juga program spij yang diadakan 11,12,13hb DIS 2009 baru2 ini..simposium pelajar islam johor ini merupakan program badan kebajikan anak johor di mesir yang dilaksanakan di johor.

lokasi kami kali ini adalah di sekolah rendah islam bersepadu sri lalang mersing..(tepi laut tuh)..ribuan terima kasih saya ucapkan kepada semua ahli jawatan kuasa pelaksana program ini..hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa kalian..
dan semoga apa yang kita lakukan ini dapat memberi infaq rahmat kepada kita diakhirat kelak.amin...

foto-foto pilihan


sibuk unit disiplin kite cari bunge rozek utk vip...sambil2 tuh cari baju rayerkan..huhu 10hb.khamis..ajk spij berkumpul di umah ustazah masyitah..antara tentatif malam tuh..iftar jamaie(akhawat),solat magrib jamak jemaah,sunat hajat(smga Allah melicinkan perjalanan program dan diberikan kekuatan),tarawih dan witir.

pada malam khamis juga..bengkel training of trainer(macam tazkirah pon ader gak)..sibuk dr nazmi memberi pendapat untuk sama2 menjayakan program ini..alhamdulillah..terima kasih atas buah fikiran dr.nazmi dan sahabat2 yg lain....

adhoc pelaksana juga turut memberi idea dan kerjesama di bengkel fasilatator yang diadakan dirumah masyitah razali di tenglu.
11hb nov,jumaat..tiba di lokasi..kami agak sibuk utk mengatur penempatan peserta dan merancang gerak kerja lain..
ajk ikhwah sibuk memasang khemah utk peserta putra sejumlah 42 orang..dlm 14khmemah dipasang..(ust rasul tuh sibuk jek kat situ dan2lah dia tunjuk rajin...:p)

unit disiplin dan protokol ustzah umairah samsudin digandingkan bersama ust zulfikri (abg ngah) ustzah umairah memberi penerangan ttg protokol program kepada peserta yang bertanya.

ahli jawatan kuasa bahagian makanan..(tolong potong2 jek tuh..huhu).terima kasih kepada mak piah (ibu kpd ust sofi) yang menyediakan makanan sepanjang program..

barisan adhoc dan fasilatator sebelah akhawat..dari kiri:amylia,umairah,mumitaz,syafawatie,masyitah,atikah,nabilah,zailin,herlina,aqilah..(mana aliaa??huhu)



2 kumpulan dari 5 kumpulan gkb dari peserta putri.



pada hari majlis penutup spij 2009..gambar kenangan bersama pengarah ppad ust hidris asaari dan beberapa orang kenamaan dari setiap sekolah agama di sekitar mersing..

terima kasih dan sekalung budi kami ucapkan kepada pejabat agama daerah mersing..guru-guru besar sekolah agama sekitar mersing ,dan menjadi fokus kami peserta-peserta yang amat kami hargai...teruskan perjuangan kalian..praktikalkan apa yang kalian telah pelajari...jadilah anak dan pelajar yang berwawasan untuk negara dan agama.

mohon ampun dari kami sekiranya ada berlaku kesilapan yang tidak dapat kami jangkakan..selamat hari raya maaf zahir dan batin.

Sunday, September 13, 2009

SYAWALKU 2008


ahlan wasahlan ya syawal..

memori yang sukar dilupakan ..beraya di perantauan..
bersama sahabat-sahabat perjuangan..
namun hari ini..ramadhan aku di negara tumpah darahku..
bersama ibu ayah dan keluarga...

memori terus berlalu..
ingin ku singkap kembali..
aku bersama sahabat-sahabat kepimpinan yang lain...
ketika menjelang raya...kami sama-sama membuat kuih raya..
walaupun tidak sesedap di malaysia..
namun inilah yang terbaik bagi kami..
begitu juga dengan juadah hari raya..
kadang-kadang kami masak nasi empet,ayam merah,sambal kacang dan lodeh...
tak cukup bahan??tiada masalah...
rasanya ala-ala masakan dimalaysia...:)

harapan kami pada masa itu..dapat menjamu sahabat-sahabat yang lain..
mereka dapat pulang ke rumah bakan masing-masing...beraya bersama kami..
kerana kami juga tiada keluarga beraya disisi..sahabat-sahabat menjadi penyeri kami di aidilfitri..

mereka........
sukar untuk diceritakan..
yang sangat kucintakan..
yang sangat memahami...
mereka kadang-kadang menangis dihadapanku..
kadang-kadang bila ku bertanya,mereka tidak mampu berkata apa-apa..seolah-olah hanya berserah pada yang esa..
namun aku mengerti..aku juga seperti mereka....

aku akan pulang 2 november ini..
sangat rindu untuk bertemu mereka....
kembali berjuang di bidang kepimpinan namun untuk seketika..
aku yang kini berada ditahun akhir usuluddin aqidah falsafah...
adakah sempat aku bertemu syawal 2010 bersama mereka..
huh! jika dapat..itulah syawalku yang terakhir bersama mereka..:"(

ini adalah video yang menjadi memori syawalku diperantauan..
ketika ini aku ditaklifkan sebagai timbalan pengarah program aidilfitri 2008..
buat tatapan diriku dan sahabat...
kalam syawalku yang terakhir...
seribu kemaafan kuhulurkan...
selamat hari raya aidilfitri...

Friday, September 4, 2009

PEMBANGUNAN BERSAMA DATUK SRI DR. NAJIB TUN ABD. RAZAK PERDANA MENTERI MALAYSIA 2009

Satu malaysia,
rakyat didahulukan,
pencapaian di utamakan.
sebuah alternatif kerajaan yang agak menarik saya kira di pandangan mereka sahaja,bertujuan mengembalikan semangat nasionalisma dan pembangunan negara.
satu transformasi yang jitu dan memandang kepada satu pebangunan negara.
kecemerlangan minda dan pendidikan menjadi fokus mereka.
sebuah kualifikasi dan propaganda hebat di laman web..
lagu satu malaysia dipertandingkan,
logo,foto dan bermacam lagi..
faizal tahir menang untuk lagu satu malaysia (siti kalah..huhu)
kerana lagu dapat menjiwai individu..
jadi lagu patriotik dapat menggembalikan semangat nasionalisma..
(lagu tidur boleh buat org tertido..)

terima kasih kepada sahabat yang meminta pandangan saya untuk mengulas sedikit tema 1 malaysia yang merupakan tema pm kali ini.
pada hakikatnya saya kurang berminat untuk mengulas isu pemerintahan malaysia . maklumlah saya masih belajar dan kurang pasti tentang perbincangan parlimen umno tentang pembawakkan mereka pada kali ini atau mungkin saya tahu tapi malas nak layan...

melalui lensa optimis saya,mekanisma kerajaan untuk pembangunan rakyat gilang-gemilang.
namun aplikasi dan implikasi bukanlah menunjukkan untuk jangka masa yang panjang.
mungkin sehingga wawasan 2020 sahaja (hanya seloroh)
bagi pandangan saya,tema dan pembawakkan satu maslaysia adalah retorik kerajaan pada sudut politik mereka kepada rakyat demi barisan nasional.

menjadi persoalan..
bagaimanakah mekanisma pm kita pada tema ini?adakah sama seperti sebelum ini-islam hadhari?adakah mereka melihat perpecahan antar-kaum?
atau baru datang kesedaran mereka kepada keutamaan penyatuan antar-rakyat?
setelah apa terjadi..??
setelah mereka melihat kaum india dan china mula optimis kepada parti kabinet menunggu?

islamisasi perundangan negara..
paklah bersama islam hadharinya..
bila paklah turun islam hadhari pon tarak...makanya boleh jadi pengerusi islam hadhari transfer ke pengerusi 1 malaysia.
bagaimankah pula islamisasi pm kita pada kali ini??

'KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak meminta umat Islam berusaha sedaya upaya mentransformasi diri mengikut isi kandungan al-Quran secara menyeluruh bagi menggalakkan pembudayaan ilmu dan mengaplikasikan setiap ajaran dituntut secara holistik.

benarkah?sejauh mana aplikasi?
erm..sebuah rentetan yang kurang positif dan efektif.

adakah tranformasi ini sekali lagi telah menunjukkan kelemahan politik pemerintahan malaysia?
apakah pembawakam pm akan datang pula?
adakah beliau dapat menggangkut semua pembawakkan-pembawakkan pm dari pertama kalinya hingga kali ini?
beliau mampu menjadikantema-tema ini simbolika rantai perjuangan mereka dan menampakkan mereka bersatu di bawah parti barisan nasional?

sahabat yang saya hormati,
malaysia pada saya menuju kepada nasionalisma semenjak 50 lebih tahun dibawah tampok kepimpianan umno.
mari kita fikir semula,
nasionalisma adalah sebuah ideologi barat.mereka pernah menghidupkan rasa nasionalisma turkey. namun mereka gagal kerana berlaku perpecahan antar- kaum turkey dan turkey asli pada masa itu.
begitu juga di maroko, pemerintah perancis merancang mewujudkan nasionalisma disana namun gagal.
"..benar juga agama kita menghilangkan rasa nasionalisma sempit ini,dan merobek rasdiskriminasi..: ulas umar hashim dalam penulisannya toleransi dan kemerdekaan beragama dalam islam.1979.
pembawakkan nasionalisma barat ini sempit menuju rasdiskriminasi moden.

seberapa banyakkan persoalan saya mengenai usul ini.
supaya sahabat dapat melihat dan berfikir sejauh mana dan setakat mana pembawakkan mereka dan bagaimana pula implikasinya.
banyak lagi yang boleh kita fokuskan.
dari sudut islamisasi perundangan dan pemerintahan.
begitu juga ekonomi..
dari sudut sosio-teknologi dan penciptaan nuklear contohnya..
negara kita mengambil pakar-pakar luar negara antaranya amerika,german,dan eropah untuk pembinaan teknologi dan nuklear.
adakah anda tahu? di iran mereka telah mencipta bahan nuklear mereka sendiri.
(jadi barat dok pk camna nak serang negara depo nih..bom apa depo pakai.....)

kita mengambil mereka menjadi konselor kita.
hampir semua sudut kita meniru rentak mereka.
mereka mengawal hampir semua pembangunan dan teknologi dinegara kita.
jadi hitunglah sendiri..
adakah negara kita sudah manjadi kepunyaan barat sepenuhnya...??
sama-sama kita fikirkan..

1 malaysia..
hanyalah retorik sahaja..

alkisah..
saya hanya dapat membuat solusi secara umum dan masih kurang mengetahui fakta-fakta rasional yang boleh menguatkan hujah saya.
mungkin ini adalah pandangan dari sudut teori ilmiah saya sahaja.
banyak laman-laman web yang mengupas isu-isu pemerintahan malaysia.
buatlah pertimbangan dari lensa ilmiah.
pilihan ditangan kita.

' kitalah yang mengubah dunia dan jangan biarkan dunia mengubah dunia'
sekian terima kasih.

Wednesday, September 2, 2009

Adakah perang salib sudah berakhir??

assalammualaikum buat pembaca sekalian.

sudah lama saya cuba untuk membuat satu resolusi tentang perang salib yang kita ketahui
kira-kira 1097 m dahulu.
dan saya cuba mengkaitkan administrasi dan sejarah ini dengan kegemilangan dunia pada mulanya sebelum perang salib berlaku dan pada kejatuhan Khalifah Uthamaniyah di Turkey..
kronologi yang agak sukar untuk difahami.namun akhir siap..mudah-mudahan dapat memberi manfaat kepada semua orang.

PERTAMA,
secara umum.pada pertengahan kurun ke 7 m,dari tampok kegemilangan Islam di serata Andalusia.Sepanyol serta beberapa negara islam di asia timur dan barat telah meletakkan nilai keagongan islam tertinggi di mata dunia.
pada masa ini juga ,ada diantara mereka berhijrah ke beberape negara seperti itali,athens, dan india,mula menterjemahan kitab-kitab ke bahasa arab dan mengajarkannya kepada masyarakat masing-masing.
setelah beberapa tahun selepas itu...

KEDUA.
sekitar 1095 m,
boleh saya katakan pada masa inilah bermulanya strategi kekejaman akibat kemarahan orang kristian eropah setelah mendapati orang-orang islam turkey berbangsa saljuk telah menaungi beberapa pulau di asia timur ,beberapa kota eropah dan yerussalam.

paus urbanus II bertitah:barangsiapa yang ikut berperang untuk merebut tanah suci ini,maka dosa kecil atau besar meraka akan diampuni tuhan.
maka berduyun-duyunlah mereka untuk turut serta dalam peperangan salib.
mereka beranggapan kota suci yerussalam itu adalah milik orang suci.bagi mereka merekalah orang suci itu. (ntah paper merepek)

peter amiens adalah pendeta kristian yang mencadangkan untuk merebut kota yerussalam setelah dia pulang dari palestin.di palestin,dia melihat kota yerussalam telah diduduki oleh orang islam.maka dia telah mengumpulkan raja-raja eropah untuk bekerjasama merancang strategik merebut kota yerussalam dari tangan orang islam yang mereka anggap merekalah orang kafir yang sangat kejam.
maka bermulalah perang salib kali pertama pada tahun 1097 m.

perang salib yang pertama ini dimenangi oleh kristian pada 15 julai 1099 yang dipimpin oleh raja dan bangsawan dari bourgandia,lotharingen dan normandia .maka jatuhlah kota yerusslam ke tangan kristian dan mereka mula berpusat disitu.

walaubagaimanapun,pusat kristian mereka itu jauh dari eropah dan hanya mempunyai 40000 orang tentera yang mengepung kota yerussalam menyebabkan mereka tidak dapat megukuhkan pertahanan mereka serta gagal mengalahkan kekuatan orang islam yang berusaha memperjuangkan kembali kota yerussalam itu.
maka jatuhlah raha ke tangan sultan 'imadudin zanki pada tahun 1144 m.

KETIGA.
perang salib kedua berlaku pada 1147-1149 m.
namun mereka gagal kerana pertahanan muslim dari bangsa arab turkey dan kurdi pada masa itu sangat kuat.tentera mereka dipimpin oleh Nuruddin,Assuddin dan Salahuddin Al-ayubi.tentera kristian eropah diusir.

saya melihat beberapa fakta sejarah dunia tentang penjajahan kristian di syiria.mesir,kepulauan timur boleh saya katakan disebabkan mereka diusir oleh tentera islam dari tempat mereka jajahi sebelum ini.
antara punca jajahan mereka terhadap negara-negara islam diseluruh dunia adalah;
1) permusuhan agama
2)ekspansi ideologi
3)politik dan ekonomi
4)ilmu pengetahuan

pada sudut kecekapan mereka merancang saya akui sangat pantas dan membuktikan mereka benar-benar ingin menjatuhkan islam dan ingin memonopoli dunia.

KELIMA.
pada 1127 m. sultan salahuddin Al-ayubi bersama tenteranya memerangi kristian eropah. pada 1 julai 1187 m tentera islam merebut Tiberias dan Hittin(kekuasaan perancis). mereka juga dapat meguasai sepenuhnya kota yerussalam 2 oktober 1187.
mereka telah menggantikan lonceng(kristian) diatas masjidil aqsa dengan azan dan salib besar yang terpampang di pintu besar diturunkan.

pada masa ini tentera islam telah beradu kekuatan dan merampas benteng pertahanan kristian dan kota perancis.tentera kristian sekali lagi diusir.

KEENAM.
Perang salib ketiga.
secara umum perang salib ketiga berlaku disebabkan kemarahan raja-raja eropah keatas tentera salahuddin al-ayubi. kali ini mereka menyusun strategi yang sangat teratur dan mereka dapat mengepong beberapa benteng pertahanan tentera islam dan kota akra.

disebabkan pengepungan mereka yang terlalu ramai,akhirnya sultan salahuddin membuat perdamaian antara 2 pihak dimana tentera islam akan tetap menduduki di kota yerussalam dan memulangkan semula lambang-lambang salib hak tentera kristian.

merujuk kepada rujukan yang saya baca (Toleransi dan kemerdekaan beragama dalam islam sebagai dasar menuju dialog dan kerukunan antar-islam,umar hasyim,1989)

perdamaian ini terbatal kerana tentera islam tidak memulangkan lambang-lambang salib kepunyaan kristian itu.saya tidak pasti adakah ini punca utama mereka memerangi tentera islam.kemungkinan ini hanyalah sinical reaction mereka sahaja untuk membalas dendam.
raja richard pada ketika itu memerintahkan agar membunuh 27ooo tawanan tentera islam dan ini adalah rancangan kejam pertama diantara mereka.
namun mereka gagal lagi kerana kekuatan tentera salahuddin al-ayubi mengekang peperangan dari terus berlaku.berlakulah perdamaian sekali lagi pada 2 november 1192.

KEENAM.
selepas kewafatan sultan salahuddin Al-ayubi pada 2 mac 1193(55 tahun).tugas-tugas salahuddin diambil alih oleh bangsa mameluk iaitu bangsa turkey yang berasal dari asia tengah yang menggantikan bangsa saljuk(turkey).

berlaku juga peperangan pada masa ini oleh raja baybars dari bangsa mameluk keatas kristian yang menduduki mesir,palestin,kota akkon(pusat kristian) yang dikatakan benteng terakhir tentera salib ini.maka jatuhlah jajahan kristian eropah ke tangan islam.
sekiranya kita mendapati beberapa fakta mengatakan bahawa pada masa ini telah berakhirlah perang salib.
namun,raja-raja eropah kristian mengatakan perang salib ini belum berakhir..
inilah persoalannya!!

NAMUN APAKAH PERANG SALIB INI TELAH BERAKHIR???

dewasa ini.kite melihat berlaku lagi peperangan kristian eropah ke atas umat islam rentetan dari peperangan-peperangan yang berlaku sebelum ini dan punca jajahan adalah sama.
mereka mengatakan islam ini adalah kejam dan ada-adaan.seperti anjing dan tidak layak dimuka bumi ini.bagi mereka,mereka adalah umat suci yang disebutkan dalam alQuran dan layak memasuki syurga.

tidak hairanlah mereka mudah-mudah menganiayai umat islam yang berada dibawah jajahan mereka.

KETUJUH
ISLAM JATUH LAGI.
setelah tentera kristian dapat mengambil semula kuasa di alhambra dan sepanyol kira-kira pada 1492 m.
rentetan daripada itu berlaku kejatuhan balkan (1912-1913) dan kerajaan uthmaniayah di turkey pada 3 mac 1924.(perang dunia pertama)
maka telah jatuhlah islam pada ketika ini disisi mereka.

pada 24 julai 1920.
seorang komandon pimpinan pasukan perancis telah datang ke makam sultan Salahuddin Al-ayubi dan berkata....'hai salahuddin..ini...saya telah datang...'

sungguh kejam!!!!!mereka merasakan mereka sudah sampai ke puncak kegemilangan mereka sehinggalah hari ini...

sebenarnya,banyak lagi kronologi kejam yang ingin saya kongsikan bersama iaitu peristiwa di Endonesia pada kurun ke 16 m.(portugis,german,belanda-jawa timur)
sehinggalah berlaku lagi kejutan budaya dan ekspansi ideologi asia timur sehingga hari ini.
namun...kalau dikarang lagi buat masa ini sudah tentu pembaca jemu.(hehe)

therefor ..refer what i created before..lets think together...
ADAKAH PERANG SALIB BETUL-BETUL SUDAH BERAKHIR??
i guest not yet.......Islam become to be continue and ending our life...wasslam.

rujukan utama.

1)tolenransi dan kemerdekaan beragama dalam islam sebagai dasar menuju dialog dan kerukunan antar-agama,umar hashim,1979.
2)sejarah umat islam,prof hamka,1976.

gagal lagi!!!!

kalau nak tiru asam pedas mak mesti tak jadi..
walhal dah cukup dah resipi...!!
apa rahsia mak ekk....
takper cube lagi....hehehe

Wednesday, July 1, 2009

POSTER BUKAN UNTUK BERKEMPEN





POSTER-POSTER INI BUKANLAH UNTUK BERKEMPEN..
PALESTIN,GAZA,RUSSIA,IRAQ,.......DIMANAKAH KESEDARAN UMAT ISLAM??
SEJAUH MANAKAH MEREKA MEMBOIKOT BARANGAN ISRAEL DAN BARAT!!
POSTER-POSTER SEPERTI INI ADALAH WASILAH KEPADA KESEDARAN UMAT ISLAM YANG LEKA..BANGKITLAH DAN TENTANGLAH CELAAN-CELAAN ORANG YANG MENCELA ISLAM!!

IrQis safinati

'belayarlah sampanku'....
belayarlah sehingga tiada lagi resah menanti hujungnya,
resah menyaksikan hati yang berbisik nafsu,
yang berpaut tidak kukuh,
yang bersandar menjadi rapuh,
retak dibenakku jika terus menanti,
tidak ku harapkan sampanku karam dilautan mati.

'belayarlah sampanku'
berlayarlah mengikut alunan angin Sang Nakhoda,
kerna tiada pulau untuk sampanku singgah,
meminta secebis harapan yang sudah lama pergi,
untuk mengayuh sampanku ini,
merajuk hati untuk aku mengayuh,
berlayarlah sampanku tanpa pengayuh.

namun doa dan harapan,
moga sampanku menemui jalan,
jalan yang aku hajati hari ini,
jalan yang aku harapkan hari demi hari,
sehinggalah tiba waktu dan ketika,
aku dan sampanku berlayar bersama,
menemui alam yang hakiki dan diredhai.

Thursday, June 18, 2009

MONEY MONEY ITU DO IT

money-money itu 'do it'..tiada money itu tidak 'do it'.
apa semua dunia dengan duit.mengaku keimanan bila ada duit.
mana pergi iman kamu bila tiada duit?
jadi hamba dunia dan duit,sedarilah dia akan hilang dan tiada 'do it'.
mana pergi nilai diri bila tiada duit.apa nilai duit sama dengan nilai diri?
tiada duit maka tiada nilai peribadi.
manusia bergaduh dan bertengkak kerana duit.tiada duit boleh jadi gila.
sanggup merompak,membunuh tiada belas kasihan..
itu semua terjadi bila tiada duit.
kawan dengan dia kerana duit.bila dia tiada duit dia tiada kawan.
tunggu ada duit baru dapat kawan.
ada duit baru itu 'do it'..hampa...
wahai fikiran yang jumud..
harta kekayaan dari tangan Allah..
dia memberi dia menarik kembali nikmat duit.
perhambakanlah dariNYA..DIAlah punca 'do it'.
kekautan rohani tidak bisa menghancurkan 'do it'.kamu menjaganya Allah menjaga kamu.
keimanan ada itu 'do it'.
persaudaraan,persefahaman,dan toleransi itu selamanya.pasti itu 'do it'
tidak hari ini mungkin esok.Allah itu 'do it' ..
duit itu bukan 'do it'

ANUGERAH UNTUK AKU

anugerah untuk aku di musim peperiksaan di al-azhar cairo universiti..
anugerah aper??
anugerah keluar paling awal..hehe
dapat jawab??erm..no comment..karanglah apa yang patut..hehe
exam mula pukul 9.30 pukul 11 atau 11.30 aku dah keluar..
kalau ada anugerah memanglah aku juara bertahan dari tahun satu.
sampai ablah dan doktorah syak...ermm..takut..!!
member aku kata kertas jawapan aku sering dibelek ablah..
hari ini 2nd last paper,ilmu nafs(psikologi human)
tgh exam aku tak perasan..rupenyer doktorah tengok aku jawab..
die sape dari belakang ..beliau tanye saper name aku..
aku jawablah..beliau: 'enti nur aliaa ahmad' &%%#@()__(*%##@...(sercret word)
terkejut aku macam dah kenal lama jek...
aku malu.(poyo jek)>>memberi aku suntikan semangat...
mudahan kata2 beliau diperkenankan Allah...
macam baselah..dah jawab keluar..kepale dah pening..
tengok jam pukul 11.10..erm..tawakal.....
tinggal satu paper lagi...
feqh qadaya muasorah..
huh!!tak sabar nak habis..


Sunday, June 14, 2009

CONGRATULATION FOR ALL OF US !!!




"congratulate the Citizens of USA especially Mr. Barrack Hussein Obama, for the Great Victory in the Presidential Election.For the sake of Humanity, let our Planet becomes peaceful and prosper"
congratulation??
opss...nop....i guess...
'mr obama is going to pretending nice to union islam countries...'
>>walhal 'ikhwan muslimin' tidak setuju dengan mana2 kenyataan yang dibuat oleh ucapan barrack husin obama yang mengatakan ingin menyatukan semula negara eropah dan islam..
>>saya juga juga seperti mereka..pertama kali saya mendengan ucapan obama..
saya terus berpegang pada kalam Allah mafhumnnya
"orang2 yahudi dan nasrani tidak akan senang kpd kamu hingga kamu mengikut agama mereka.
katakanlah; 'sesungguhnya Allah petunjuk yang benar..
dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah datang pengetahuan kepadamu,
maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong kamu.
terjemah ayat 120 surah albaqarah.

sekadar sedikit comment ucapan mr barrack husin obama di univercity cairo of egypt
pada 4 julai 2009 baru-baru ini ,sekian wasslam..

PECAHAN ILMU DAN KELOMPOK ISLAM

sudah kebiasaan bagi para penuntut ilmu agama membincangkan masalah yang berkaitan dengan agama,hukum,dan yang sewaktu dengannya samaada perbincangan itu usul ataupun furu'.masih didalam perbincangan pecahan ilmu ini semakin dikupas semakin bertambah masalah-masalahnya.bila masalah ini akan selesai??
inilah dinamakan pecahan-pecahan ilmu yang tidak akan pernah berhenti selagi dunia ini tidak berakhir.
kupasan sehingga penyelasaian masalah boleh dikatakan ia cenderung pada pemikiran satu iktiqad atau aqal individu mengikut sumber yang dipercayai.
boleh dikatakan ini adalah antara faktor utama menyebabkan berlakunya pecahan-pecahan kelompok dalam Islam seperti kewujudan fahaman wahabi,syi'ah sekularisma dan banyak lagi.
menyedari hakikat ini,saya berpendapat janganlah kita yang menjadi pencetus isu yang berkait rapat dengan iktiqad atau hukum seandainya bukan kemaslahatan umat.
contoh perbincangan isu wanita berniqab.haram tengok bola.menghukum kafir terhadap seseorang dan yang sekutu dengannya.
ya,ini satu perbincangan ilmiah namun hendaklah kita sedari dan memandang ke dalam lensa aqidah masyarakat sekarang yang pelbagai.
cukuplah kita sudah terdedah luas dalam perbentangan ilmu ulama turas dan muatharah,fatwa,ijma' dan qias.(selain dari alquran dan hadis)
ditakuti apabila kita tidak didasari dengan sumber diatas kita terkeluar dari landasan yang sebenar dan yang paling digeruni kitalah pembawa fitnah dalam islam
sama-sama kita fikirkan...
kita penyelesai masalah bukan pencetus masalah.




MAHASISWA DAN POLITIK

realiti mahasiswi hari ini pantas mengupas isu politik..
apakah ini nafas baru bagi generasi remaja abad ke 21.
berhadapan dengan tribulasi masa kini..
jangan disangka mahasiswa dieksploitasi oleh pihak tertentu sebagai retorik menjatuhkan pihak lawan dalam erti kata 'permainan politik'.
menyedari hakikat ini, saya mengupas isu kepentingan mahasiswa dalam politik.

Ini bukanlah isu baru.namun menjadi satu budaya yang sihat berbanding mahasiswa yang
mengisi 'hitam' dalam hidup mereka.
adakah tidak perlu berpolitik pada masa menuntut di universiti?
masalah yang saya fikirkan selepas mendengar satu maqalah dari kakak sepupu 'takyahlah politik2 ini..belajar dulu... ' saya bercanggah dengan pendapat beliau namun apakah hujah saya masa itu??walhal saya tidak matang untuk mengatakan masalah ini pada waktu itu..
ekploitasi dan mengeksploitasi mahasiswa??
bukanlah itu persoalannya.
hakikatnya islam yang diangkat menjadi dasar dalam kehidupan maka politik antara item
kesempurnaan hidup.
politik ini adalah i'tibariah sahaja.hakikatnya inti politik itu harus dicapai sebagai perlaksanaan dalam hidup berteraskan alquran dan assunnah.
referandom pada perjuangan dan sirah rasul..
apakah kita tidak mangambil pengajaran pada sirah baginda??
menghantar para sahabat kepelusuk negara untuk membangunkan daulah islamiah disana..
seperti toriq bin ziyad di sepanyol,'amru al'asr di mesir,sultan muhd alfatih di istanbul dan banyak lagi.
begitu banyak sejarah-sejarah peradaban dunia dalam pembukaan kota islam.
apakah kita tidak menyedari sejarah ini menjadi rantai penyulusuran kita sebagai warisatulanbia'??
lantaran itu, apakah kita menyedari matlamat yang perlu dicapai, mendirikan daulah islamiah dibumi Allah ini??
sama-sama kita fikirkan...

agama kita itu satu.tuhan kita satu.rasul kita satu maka letakkanlah diri dalam jemaah yang satu untuk mendirikan Islam dimuka bumi.




Friday, June 12, 2009

Blurr........


>>>hari ini...aku agak malas nak hafal...macam futur pun ader..huh!!tidak..>>>adik aku aiman fon..kul 12pg...luper aku adik rupenyer kat sini..hehe..sori aiman..luv u.. >>>memberi semngt utk terus mghapal..teringt ayah mak.... >>>masih berfikir nak balik malaysia ker.....(mcm mls jek) tgklah aper keputusan..tggu hbs exam... sekejup jek nih...teruskan berusaha..jgn membuat keputusan selagi belum sampai mase berada dimedan...terus lengkapkan persiapan...selebihnyer Tawakal...mg Allah terus membantuku...Amin.

blog kali-2



SALAM...
ni adlh blog yang ke2 sbnrnyer..yang pertame wat mase 2007 tak tahu nak log in camner..
luper password laaa.....('',)
Selamat melayari...