Thursday, June 18, 2009

MONEY MONEY ITU DO IT

money-money itu 'do it'..tiada money itu tidak 'do it'.
apa semua dunia dengan duit.mengaku keimanan bila ada duit.
mana pergi iman kamu bila tiada duit?
jadi hamba dunia dan duit,sedarilah dia akan hilang dan tiada 'do it'.
mana pergi nilai diri bila tiada duit.apa nilai duit sama dengan nilai diri?
tiada duit maka tiada nilai peribadi.
manusia bergaduh dan bertengkak kerana duit.tiada duit boleh jadi gila.
sanggup merompak,membunuh tiada belas kasihan..
itu semua terjadi bila tiada duit.
kawan dengan dia kerana duit.bila dia tiada duit dia tiada kawan.
tunggu ada duit baru dapat kawan.
ada duit baru itu 'do it'..hampa...
wahai fikiran yang jumud..
harta kekayaan dari tangan Allah..
dia memberi dia menarik kembali nikmat duit.
perhambakanlah dariNYA..DIAlah punca 'do it'.
kekautan rohani tidak bisa menghancurkan 'do it'.kamu menjaganya Allah menjaga kamu.
keimanan ada itu 'do it'.
persaudaraan,persefahaman,dan toleransi itu selamanya.pasti itu 'do it'
tidak hari ini mungkin esok.Allah itu 'do it' ..
duit itu bukan 'do it'

ANUGERAH UNTUK AKU

anugerah untuk aku di musim peperiksaan di al-azhar cairo universiti..
anugerah aper??
anugerah keluar paling awal..hehe
dapat jawab??erm..no comment..karanglah apa yang patut..hehe
exam mula pukul 9.30 pukul 11 atau 11.30 aku dah keluar..
kalau ada anugerah memanglah aku juara bertahan dari tahun satu.
sampai ablah dan doktorah syak...ermm..takut..!!
member aku kata kertas jawapan aku sering dibelek ablah..
hari ini 2nd last paper,ilmu nafs(psikologi human)
tgh exam aku tak perasan..rupenyer doktorah tengok aku jawab..
die sape dari belakang ..beliau tanye saper name aku..
aku jawablah..beliau: 'enti nur aliaa ahmad' &%%#@()__(*%##@...(sercret word)
terkejut aku macam dah kenal lama jek...
aku malu.(poyo jek)>>memberi aku suntikan semangat...
mudahan kata2 beliau diperkenankan Allah...
macam baselah..dah jawab keluar..kepale dah pening..
tengok jam pukul 11.10..erm..tawakal.....
tinggal satu paper lagi...
feqh qadaya muasorah..
huh!!tak sabar nak habis..


Sunday, June 14, 2009

CONGRATULATION FOR ALL OF US !!!




"congratulate the Citizens of USA especially Mr. Barrack Hussein Obama, for the Great Victory in the Presidential Election.For the sake of Humanity, let our Planet becomes peaceful and prosper"
congratulation??
opss...nop....i guess...
'mr obama is going to pretending nice to union islam countries...'
>>walhal 'ikhwan muslimin' tidak setuju dengan mana2 kenyataan yang dibuat oleh ucapan barrack husin obama yang mengatakan ingin menyatukan semula negara eropah dan islam..
>>saya juga juga seperti mereka..pertama kali saya mendengan ucapan obama..
saya terus berpegang pada kalam Allah mafhumnnya
"orang2 yahudi dan nasrani tidak akan senang kpd kamu hingga kamu mengikut agama mereka.
katakanlah; 'sesungguhnya Allah petunjuk yang benar..
dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah datang pengetahuan kepadamu,
maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong kamu.
terjemah ayat 120 surah albaqarah.

sekadar sedikit comment ucapan mr barrack husin obama di univercity cairo of egypt
pada 4 julai 2009 baru-baru ini ,sekian wasslam..

PECAHAN ILMU DAN KELOMPOK ISLAM

sudah kebiasaan bagi para penuntut ilmu agama membincangkan masalah yang berkaitan dengan agama,hukum,dan yang sewaktu dengannya samaada perbincangan itu usul ataupun furu'.masih didalam perbincangan pecahan ilmu ini semakin dikupas semakin bertambah masalah-masalahnya.bila masalah ini akan selesai??
inilah dinamakan pecahan-pecahan ilmu yang tidak akan pernah berhenti selagi dunia ini tidak berakhir.
kupasan sehingga penyelasaian masalah boleh dikatakan ia cenderung pada pemikiran satu iktiqad atau aqal individu mengikut sumber yang dipercayai.
boleh dikatakan ini adalah antara faktor utama menyebabkan berlakunya pecahan-pecahan kelompok dalam Islam seperti kewujudan fahaman wahabi,syi'ah sekularisma dan banyak lagi.
menyedari hakikat ini,saya berpendapat janganlah kita yang menjadi pencetus isu yang berkait rapat dengan iktiqad atau hukum seandainya bukan kemaslahatan umat.
contoh perbincangan isu wanita berniqab.haram tengok bola.menghukum kafir terhadap seseorang dan yang sekutu dengannya.
ya,ini satu perbincangan ilmiah namun hendaklah kita sedari dan memandang ke dalam lensa aqidah masyarakat sekarang yang pelbagai.
cukuplah kita sudah terdedah luas dalam perbentangan ilmu ulama turas dan muatharah,fatwa,ijma' dan qias.(selain dari alquran dan hadis)
ditakuti apabila kita tidak didasari dengan sumber diatas kita terkeluar dari landasan yang sebenar dan yang paling digeruni kitalah pembawa fitnah dalam islam
sama-sama kita fikirkan...
kita penyelesai masalah bukan pencetus masalah.




MAHASISWA DAN POLITIK

realiti mahasiswi hari ini pantas mengupas isu politik..
apakah ini nafas baru bagi generasi remaja abad ke 21.
berhadapan dengan tribulasi masa kini..
jangan disangka mahasiswa dieksploitasi oleh pihak tertentu sebagai retorik menjatuhkan pihak lawan dalam erti kata 'permainan politik'.
menyedari hakikat ini, saya mengupas isu kepentingan mahasiswa dalam politik.

Ini bukanlah isu baru.namun menjadi satu budaya yang sihat berbanding mahasiswa yang
mengisi 'hitam' dalam hidup mereka.
adakah tidak perlu berpolitik pada masa menuntut di universiti?
masalah yang saya fikirkan selepas mendengar satu maqalah dari kakak sepupu 'takyahlah politik2 ini..belajar dulu... ' saya bercanggah dengan pendapat beliau namun apakah hujah saya masa itu??walhal saya tidak matang untuk mengatakan masalah ini pada waktu itu..
ekploitasi dan mengeksploitasi mahasiswa??
bukanlah itu persoalannya.
hakikatnya islam yang diangkat menjadi dasar dalam kehidupan maka politik antara item
kesempurnaan hidup.
politik ini adalah i'tibariah sahaja.hakikatnya inti politik itu harus dicapai sebagai perlaksanaan dalam hidup berteraskan alquran dan assunnah.
referandom pada perjuangan dan sirah rasul..
apakah kita tidak mangambil pengajaran pada sirah baginda??
menghantar para sahabat kepelusuk negara untuk membangunkan daulah islamiah disana..
seperti toriq bin ziyad di sepanyol,'amru al'asr di mesir,sultan muhd alfatih di istanbul dan banyak lagi.
begitu banyak sejarah-sejarah peradaban dunia dalam pembukaan kota islam.
apakah kita tidak menyedari sejarah ini menjadi rantai penyulusuran kita sebagai warisatulanbia'??
lantaran itu, apakah kita menyedari matlamat yang perlu dicapai, mendirikan daulah islamiah dibumi Allah ini??
sama-sama kita fikirkan...

agama kita itu satu.tuhan kita satu.rasul kita satu maka letakkanlah diri dalam jemaah yang satu untuk mendirikan Islam dimuka bumi.




Friday, June 12, 2009

Blurr........


>>>hari ini...aku agak malas nak hafal...macam futur pun ader..huh!!tidak..>>>adik aku aiman fon..kul 12pg...luper aku adik rupenyer kat sini..hehe..sori aiman..luv u.. >>>memberi semngt utk terus mghapal..teringt ayah mak.... >>>masih berfikir nak balik malaysia ker.....(mcm mls jek) tgklah aper keputusan..tggu hbs exam... sekejup jek nih...teruskan berusaha..jgn membuat keputusan selagi belum sampai mase berada dimedan...terus lengkapkan persiapan...selebihnyer Tawakal...mg Allah terus membantuku...Amin.

blog kali-2



SALAM...
ni adlh blog yang ke2 sbnrnyer..yang pertame wat mase 2007 tak tahu nak log in camner..
luper password laaa.....('',)
Selamat melayari...