Wednesday, April 20, 2011

MENGAKUI KELEMAHAN

Penulis blog adalah manusia seperti manusia lain yang mempunyai kelemahan tersendiri.Bisa bangkit dan bisa jatuh.Semua itu adalah ketentuan Allah.Dialah yang mengaturkan terbaik bagi hambaNya.Seringkali penulis ini diam tidak berbicara di 'Blog' atau berinteraksi dengan sahabat yang lain.Bukanlah ber'uzlah' atau menyisihkan diri pada masyarakat,tapi untuk mempersiapkan diri akan keperluan untuk dicampakkan kepada bidang yang lebih mencabar.

Sudah pastinya penulis ini tidak menjadikan cemuhan atau lontaran sangkaan manusia itu sesuatu yang negetif.Meskipun terlintas sedikit di lubuk hati yang kecil 'terkilan atau terkecil hati'.Seharusnya penulis ini di ajar untuk berfikiran terbuka menerima kritikan dan menjadi kritikan itu satu wasilah kemajuan dalam diri penulis.

Kini penulis sudah merasai hidup bermasyarakat berbilang kaum.Benar-benar merasai apabila sudah di alam pekerjaan.Bergaul dengan rakan sekerja bukan sealiran.Anak murid dijadikan rakan.Memberi pengajaran dan pengalaman.Berkongsi idea dan pandangan.Menunjukkan contoh dan tauladan.Lebih berhati-hati dengan ancaman.Dunia hari ini penuh dugaan.Lindungan dari Tuhan amat diharapkan...

Aku sering mengingatkan diriku.Hati orang dijaga.Hati keluarga jangan lupa.Kasih sayang perlu disemai.Namun apakan daya aku juga manusia.Ikut emosi dan membuat angkara.Namun aku tidak lupa keampunan Allah seluas RahmatNya.

Alhamdulillah.Aku telah siap menghantar permohonan Sarjana (master) di 2 universiti tempatan untuk kemasukkan sem 1 sesi 2011/2012 dalam bidang Usuluddin.Mudah-mudahan Allah permudahkan.Sudah tentu masa itu aku lebih perlu menjaga waktu.Sambil-sambil mencari pengalaman merantau di tempat orang.Musafir biasalah adat orang berjuang.

Maafkan andai diri ini banyak berbahasa yang sukar difahami oleh pembaca.Bahasa hati kadang lebih konkrit dari bahasa sastera.Kadang itulah nama juga manusia.Terhidu wangian sebelah taman namun tahi ditelapak tangan.Juga ada manusia berhias bagai pemaisuri gundik menjadi raja.Hakikatnya perancangan Allah itu sempurna.Lupa tidak lupa sahaja manusia ini,kita adalah serupa.Hanya Takwa menjadi beza.

Fenomena

Fenomena berhadapan dengan pelajar-pelajar bukan Islam.Apabila aku diagihkan untuk mengajarkan subjek UMUM dimana semua pelajar harus mengambil subjek ini.
Sukar bagiku untuk membahaskan 'isu-isu sensitiviti agama' dihadapan mereka bukan Islam.Aku yang mengajarkan subjek Tamadun Islam harus berjaga-jaga dengan pembahasan aku sendiri di dewan kuliah agar tidak menyentuh mana-mana sensetiviti agama masing-masing.
Terkadang perlu di warwarkan juga dengan motif memberi pemahaman kepada mereka.Contohnya dalam bab Perbezaan dan Persamaan antara Agama.

Bab Interaksi Antara Tamadun adalah bab kesukaan aku.Aku diberi peluang menceritakan kepada mereka tentang 'Kerajaan Kolonial Israel dan Amerika' dan datang menjajah di tanah sendiri.Semua itu perlukan banyak pembacaan agar fakta itu kukuh dan bukan satu andaian.Begitu juga Hegemoni Barat keatas Dunia.Aku rasa bab inilah yang mendapat ranking tertinggi antara bab-bab lain dalam subjek Tamadun Islam kerana respon yang mereka berikan dengan mengajukan soalan tentang pemikiran yang wujud dari barat contohnya Zionisme dan Freemasson kepadaku.

Aku lebih suka bercerita berbanding membahaskan apa yang ada dalam buku teks.
Gamdar-gambar dan video-video aku tayangkan kepada mereka dengan harapan dapat mendatangkan kecintaan mereka kepada Islam.Mudah-mudah Allah membantuku.
Walaupun tempoh aku bekerja disini mungkin tidak lama,aku berharap aku telah memberi infaq kepada pelajar-pelajar disini agar mereka memahami Islam.

Bukan Mudah....Alia memikirkan untuk menulis Blog..

Salam..kepada semua pembaca..
Entah mengapa hari ini terlintas dihati untuk menghantar posting di dalam blog yang sudah lame ber'abu'..

Mengapa..
Allah ..(seolah-olah mengeluh)
Melihat kelesuan PARTI-PARTI PEMBANGKANG di Negeri Johor.Bukan sekadar tiada jentera,namun tidak wujud kerjasama atau usaha gigih untuk menggugat sensitiviti politik UMNO JOHOR .Selepas PRK TENANG semua turut bertenang.
Perlantikan jawatanku sebagai Setiausaha Dewan Muslimat PAS kawasan Johor Bahru menjadi satu tamparan hebat bagiku.Menyedari ada agenda dan perancangan PAS yang perlu diambil kira untuk dipergiatkan terutamanya agenda-agenda bagi melicinkan kelangsungan PRU akan datang.

EKONOMI DMPJB 'ZERO TO HERO'
Bukan mudah.. untuk mengerahkan mereka hanya menginfaq RM 100 setiap orang bagi tujuan pelaburan dibawah Masjid Jamek Bandar Baru UDA.Ini adalah misi aku sekarang ini bagi menampung semula kewangan Dewan Muslimat Johor Bahru.
Hanya usaha ini.Infaq sahaja.hanya RM100.
Namun menjadi sukar..apabila ada beberapa pandangan tidak menggalakkan pelaburan kerana fenomena sekarang tidak lepas dari RIBA'.Allah...
Tidak mengapa.Oleh yang demikian,mantan ketua muslimat mengambil mandat untuk mengkaji sejauh mana 'kehalalan' pelaburan di bawah Masjid Bandar Baru UDA agar ia dapat menjadi bukti kewangan pelaburan Dewan Muslimat Jb dari mana ke mana adalah 'selamat'.

Bukan mudah..
Untuk menyusun semula organisasi dan pengagihan kerja.Usrah-usrah cawangan dipergiatkan semula.Penarikkan ahli baru mula dipergiatkan dengan apa cara sekalipun. Dengan memberikan jawatan kepada mereka,tanpa memikirkan mereka layak atau tidak layak.Sudah pasti,semua itu merupakan satu proses mencari pelapis dan memberi ruang kepada mereka menyuarakan pandangan bersama-sama AJK kerja DMPJB.

Memegang USRAH satu taklifan.
Usrah adalah bengkel tarbiah bermula dari marhalah yang pertama iaitu TA'arif.Disinilah diperkenalkan apa itu NILAI ISLAM dan ORGANISASI BERLANDASKAN AQIDAH.
Alhamdulillah..walau letih mana pun..Usrah akan terus berjalan.
Alhamdulillah..Di tempatku bekerja telah wujud hampir sebulan 'bengkel usrah' dengan kerjasama HALUAN.Mudahan menjadi istiqamah.Usrah itu tidak mampu bergerak jika ada satu penyakit dalam hati ahli iaitu MALAS.Tukarkan malas kepada RAJIN.Tukar jangan tak tukar.Taknak Tukar tunggu 'jawapan' dari Allah.

BUKAN MUDAH...untuk menggoyahkan penduduk Johor Bahru dengan isu-isu politik kotor UMNO di Johor khususnya.
Tidak mudah,hanya dengan mengadakan DEMOSTRASI tanpa mendapat sambutan rakyat di Johor seperti DEMO yang mereka adakan beberapa kali di depan Masjid Sultan Abu Bakar.
TIDAK mengapa..walaupun ia hanyalah satu himpunan kecil penunjuk perasaan tidak didengarkan SUARA mereka,namun ia menjadi satu titik mula PERJUANGAN PAS di JOHOR.

Bukan mudah mengatur strategik..
Mesyuarat Agong Tahunan Muslimat ke15 lepas memberi satu gambaran sudah tiba masa golongan muda mengambil tampok pemerintahan dan mewujudkan satu 'tranformasi.Semua ini adalah strategik.Strategik ini memberi kesempatan kepada kami untuk menyumbat sebanyak mungkin tenaga-tenaga muda (NISA')dalam organisasi DMPJB dalam merancang program-program DMPJB.Program pertama yang akan dilaksanakan adalah Tamrin Qiyadi pada 30 April dan 1 Mei ini (insyaAllah)
2 usul yang telah dipersetujui di dalam mesyuarat Dewan Harian Muslimat untuk dihantar ke Mesyuarat Agong Kawasan Johor Bahru pada 24 April ini.2 tajuk yang akan dibentangkan adalah 'Kemantapan Tarbiah dan Pengurusan Organisasi' dan 'Proaktif bagi mewujudkan hubungan dengan Parti Pembangkang'.

Bukan mudah..semua itu bukan mudah..
Untuk menyusun sistem fail di dalam otak yang terkadang 'jem' dan tidak mampu memberi sebarang respon.Maka dengan itu,ia perlu mengaktifkan AntiVirus Application Online kepada Allah Taala.ALLAH Taala sahaja mampu menjadikan susah kepada yang mudah.Tiada yang lain bukan ditangan manusia.Bukan suami saudara dan bukan isteri saudara.=)
Ingat..
'Barangsiapa membantu Agama ALlah ,Allah akan membantunya...'(peringatan diri sendiri)
Takbir!!