Sunday, October 17, 2010

Sosio-politik UMNO semakin tidak mendapat pandangan positif dari pihak luar.

Pada hari ini,saya ditambah senarai sahabat facebook oleh Encik khairi Jalaluddin.Teringat saya akan masalah-masalah yang beliau timbulkan di kalangan mahasiswa Mesir.Doktrin 90% pelajar Johor terlibat dalam Umno juga adalah dari beliau.
'Apa-apa sahaja Encik Khairi tu...bekerjasama dengan PMRAM kan sudah setle masalah..'
Sehingga saya diminta Yang diPertua pelajar Johor untuk menghentikan bicara isu politik di dalam blog,facebook dan dimana-mana sahaja kerana saya seorang pimpinan pada waktu itu.

Pada hari ini,saya mengaktifkan semula blog saya dengan bicara politik.Apabila kita peka dengan isu-isu yang berlegar disekeliling kita ia berkait rapat dengan kerajaan,penguatkuasa,rakyat dan diri kita.dan ini semua dinamakan Politik Sosial.

Aliaa pening tengok Umno bila musim piliharaya.
Pada akhir bulan September yang lepas,Datuk Seri Najib Tun Razak telah membuat ucapan di persidangan Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu di New York.Beliau berkata 'sudah tiba masanya semua negara dan agama kembali kepada kesederhanaan dalam mendokong agenda keamanan sekali gus menghapuskan ekstremis dalam kerangka membina dunia yang lebih aman, selamat dan adil.'

Baru sudah sampai masa ke?bukankah Islam ajar untuk bersederhana.Pada hari itu beliau mengajar rakyat Eropah tentang toleransi sesama bagi mewujudkan keamanan kononnya.Sedangkan beberapa hari selepasnya isterinya buat kerja 'syok sendiri'..
Pada awal Oktober baru-baru ini.Datin Seri Rosmah Mansur telah mengadakan satu program peringkat antarabangsa 'First Lady' dan menjemput wanita-wanita pertama setiap negara ke acara beliau.Beliau yang menggelarkan diri sendiri 'wanita pertama' di Malaysia tanpa pengiktirafan mana-mana pihak telah bertungkus-lumus menjayakan acara tersebut.
Memangpun beliau wanita pertama yang akan ditanyakan isu pembunuhan Altantuya yang ditutup bertahun-tahun.Kes inilah yang menyebabkan wanita-wanita pertama yang lain akan mengenal beliau sebagai wanita pertama kerana mempunyai satu prestasi pimpinan yang paling teruk.

Baru sahaja pagi tadi saya mendengar perjumpaan radio hot.fm secara online bersama Datuk Shahrizat tentang cuti wanita bersalin dari 60hari dinaikkan kepada 90hari.
Agak saya Datuk Shahrizat layak dipanggil Wanita pertama Malaysia kerana dia Menteri Pembangunan Wanita ,keluarga dan masyarakat.Dia juga merupakan Ketua Puteri Umno yang kalah bertanding kerusi Lembah Pantai bersama Yb Nurul Izzah Anwar 5tahun lepas.


Namun PAS tetap dengan perjuangan dan dasarnya...

GAMIS-Gabungan Mahasiswa Islam seMalaysia telah melibatkan diri mereka bagi membantah konsert Adam Lambert di bukit Jalil Selangor dimana sebelum ini mereka masih merayu bagi kes pembebasan terhadap 4 orang aktivis dari kampus UKM yang terlibat dalam piliharaya lepas masih lagi tidak ada kata putus oleh pihak penguatkuasa kerajaan.

Aktivis PAS bersiap sedia untuk meneruskan gerak kerja pilihanraya yang bakal menyusul.DUN Galas di Kelantan.DUN bt.Sapi Kota Kinabalu Sabah dan DUN Bintulu Sarawak.
DLL.

PAS adalah gerakkan Politik Sosial
PAS Adalah gerakkan tarbiah yang mengajar mnusia mengatur hidup sejajar dengan kehendak Islam.Demikian itu,setiap manusia yang kenal tarbiah ini diberikan anugerah oleh Allah satu pemikiran yang rasional 'bagaimana untuk mengatur diri mereka(kehendak) bagi memuaskan hati mereka atas kepentingan Islam'

Usahasama mereka dengan PAS dalam menangani beberapa isu sama ada di Malaysia atau di Luar Negara menjadi bukti wujud keseimbangan politik sosial di dalam PAS.Golongan cerdik ini memikirkan satu kehendak yang mereka harus capai lalu mereka melakukannya.Secara rasminya mereka memilih Pas bagi merealisasikan kehendak mereka yang diletakkan atas kepentingan Islam.

Di Pulau Pinang.Apabila satu isu dicetuskan zakat yang diberikan kepada warga emas itu adalah hasil judi bola haram telah membuka mata kepada mereka atas wujud kepentingan politik dengan sosial PAS keatas warga emas.Sebelum ini mereka tiada prihatin oleh pihak kerajaan Umno.Pada hari ini isu ini menjadi bukti keperhatinan angkatan CM Lim Guan Eng kepada warga emas.Secara kebetulan CM LIm GUan Eng terpaksa rujuk ulama bagi isu ini.dan warga emas menyuarakan pendapat 'judi itu umnolah yang luluskan macam loteri kebajikan yang diluluskan UMNO sehingga ada ulama' umno keluar masuk pas..'..cerdik mereka bersuara...=)

Bersedekah dengan wang haram pula tidak mendapat pahala dari Alah swt kerana Nabi saw bersabda dalam sebuah hadith riwayat Turmizi dan lainnya yang bermaksud :
"Allah swt tidak akan menerima sedekah dari wang yang haram." -ust.Azhar Idrus.

Judi,rasuah,loteri,arak dan semua yang haram itu datang dari UMNO,mereka yang luluskan pembanjiran perkara-perkara haram didunia.Mengapa dengan kuasa ini mereka tidak meyekat?Keseimbangan politik sosial mereka terbatas dan semakin kurang kerana tindakan mereka yang silap.Adakah anda sedar memilih UMNO itu satu kesilapan?
Adakah anda sudah sedar bahawa saya sedang berkempen melalui blog?=)

25hb ini insyaAllah jika diizinkan saya akan bertugas di DUN Galas.Dengan rela menanggguh kelas memandu pd mggu akan datang.

Saturday, August 7, 2010



Bazaria Johor sri warisan kembali lagi..Makanya pada semalam saya telah meletakkan tema makananan saya untuk 3 hari sepanjang bazar ini berlangsung.Seperti kebiasaan saya akan memilih untuk hari pertama masakan semua jenis mee- hari ke2 semua jenis nasi.hari ke3-seafood.Namun untuk tema bazar kali ini saya memilih hari pertama semua makanan selain dari malaysia seperti roti canai,roti jala,bakso dan seumpama dengannya yang kite ketahui berasal bukan dari tangan orang Melayu.Hari ke2 makanan yang tidak mempunyai minyak yang banyak dan hari ke3 makanan yang saya gemar seperti abc special,nasi lemak ayam madu dan ikan cencaru steam.(mana ntah nak dpt bukan ade kat bazar pun..hehe)

Anisiatif ini bertujuan bagi mengawal kebinggungan saye untuk memilih makanan setiap kali membuat tempahan makanan dan membuatkan unit kupon jenuh menunggu apa yang saye pilih....dan kebiasaan juge saye memang suke meletakkan tema hidup pada setiap tahun supaye saye bersemangat meniti hari-hari saye....

Friday, August 6, 2010

Mahasiswi dicabar tidak kehadapan bagi menjawab isu terutamanya yang berkait hal wanita?

KREDIBILITI MAHASISWI PMRAM SEMAKIN DIGILAP

Pada 24 Julai 2010 baru-baru ini Hal Ehwal Wanita Islam Badan Kebajikan Pelajar Johor Mesir telah menganjurkan satu program bertemakan ‘Aku Wanita’ yang telah dirasmikan oleh timbalan pengerusi Hal Ehwal Wanita Islam Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir 2010 Ustazah Nor Hafizah Abdul Wahab.Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk mengupas semula masalah-masalah yang berkaitan dengan wanita yang dimulakan dengan slot pengenalan tentang wanita yang terkandung di dalam Alquran,taurat dan injil..Kitab yang digunakan untuk pembahasan feqh wanita ini adalah Tempat Wanita di dalam Alquran dan Hadis dikarang oleh Dr.Muhammad Bitaji Pensyarah Kos Syariah Islam Kuliyah Darul Ulum Universiti Kaherah dan kitab Feqh Mar’ah yang dikarang oleh Almarhum Sheikh Muhamad Mutawali Sya’rawi ( bekas mufti Mesir).

Program ini telah dirancang dengan pengisian yang menarik dan mendalam sekaligus mengupas isu-isu tentang wanita,haid,nifas dan sebagainya.Dikaitkan juga dengan kaedah saintifik atas masalah-masalah berkenaan.Pengisian-pengisian ini telah dimantapkan lagi oleh panel-panel dari waki HEWI BKPJM dan PMRAM antaranya Ustazah Siti Maisarah Yusof ,Ustazah Huzaifah Hassan dan Ustazah Izzati Farhana Mahadzir selaku penasihat HEWI PMRAM 2010.Tidak ketinggalan juga kami mengundang panel dari wakil perubatan Tanta iaitu Doktor Rezuani Syafie.

Beberapa kupasan soalan yang telah dilemparkan oleh panel bagi membuka mata kepada pendengar bagaimanakah mereka harus mendepani masalah-masalah yang dihadapinya bukan sekadar masalah dalaman wanita sahaja namun menyentuh juga tentang masalah wanita tabaruj,kerjaya dan sebagainya.Program ini telah membuktikan bahawamahasiswi sebenarnya lebih dominan menangani isu-isu wanita meskipun mereka bukan dari pengajian pengkhususan syariah sahaja.

Meskipun begitu praktikal yang bermanfaat seperti ini perlu diasah lebih tajam lagi kepada seluruh mahasiswi terutamanya yang menuntut di Mesir bahawa mereka mampu menjawab isu-isu wanita dan tidak usah menujukan soalan ini kepada ‘Ustaz’ sahaja kerana kita lebih mengerti dan memahami masalah kita selaku wanita.Meskipun banyak pandangan tentang isu-isu wanita contohnya haid,pada akhir slot DARA.COM Ustazah Huzaifah selaku HEWI PMRAM 2010 mengatakan tempoh kesucian dan haid wanita bersangkut paut dengan genetic wanita yang juga telah dikupaskan isu berkenaan oleh ulama.Ada pandangan ulama mengatakan putaran haid wanita atau yang berkaitan dengannya mengikut kebiasaan wanita tersebut.Dan ada juga sebahagian ulama tidak mengupas masalah ini lebih mendalam kerana hadis yang menyentuh tentang haid wanita atau sebagainya adalah sedikit.

Meskipun soalan yang sama dilemparkan dan jawapan yang sama diberikan,mereka akan tidak berpuas hati kerana masalah ini sering kali dialami oleh mereka sendiri dan mereka tidak menemui anisiatif pemulihan bagi menyelesaikan masalah itu.Walaubagaimanapun kita sendiri harus mengkaji dan bersedia member jawapan tentang masalah yang kita hadapi dan itu sebenarnya yang lebih meyakinkan.Kita sering berkata tentang wanita dan cabaran hari ini,namun bagaimana aplikasinya?.Oleh itu kita haruslah mencipta satu transformasi diri ke arah apa jua bidang sama ada dalam bidang politik ,social,dan lain-lain bagi mendepani era global yang penuh dengan fitnah kaum wanita.Sejurus itu kita juga harus bersedia menerajui isu-isu dalam atau peringkat antarabangsa terutamanya menyentuh soal sensetiviti agama.

Thursday, July 1, 2010

Siapa ulama muktazilah?

Setelah sekian lama penulis menyepi dari mengisi blog sepanjang waktu imtihan.Pada hari ini penulis mengajak pembaca untuk sama-sama memikirkan siapakan Ulama muktazilah?Adakah ia wujud dikalangan ulama kita?Adakah kita sendiri?

Secara umumnya muktazilah adalah satu mazhab yang cenderung pada hukum aqal.Adapun mereka menggunakan dalil Alquran sebagai hujah dan mentakwilkan mengikut hukum aqal mereka dengan cara yang salah.Banyak pandangan-pandangan muktazilah yang seringkali di batalkan oleh para ulama ahli sunnah dan jemaah.Aqal manusia ini terbatas maka ia tidak boleh menghukumkan sesuatu mengikut aqal semata.Adapun sebahagian ulama yang mengatakan Imam Ghazali adalah ahli falsafah dan menggunakan hukum aqal dalam menyelesaikan masalah ilmu kalam dan hukum bukanlah satu tujuan beliau.Imam Ghazali mengatakan beliau tidak akan menggunakan hukum mantiq seperti sebahagian ulama ahli kalam yang lain melainkan untuk menolak pandangan mereka yang ingin menjatuhkan aqidah Islam.Bukanlah saya mengatakan salah atau sesat bagi mereka menggunakan hukum aqal.Tetapi hendaklah kita tidak mengamalkannya bagi memuliakan rujukan agong kita iaitu Alquran dan Hadis serta mentakwilkannya dengan kaedah yang selamat.

Alquran dan hadis adalah rujukan umat islam sepanjang zaman.Kita semua maklum apa yang wajib kita ikuti dalam Alquran dan hadis adalah untuk kesejahteraan umat Islam dan aqidahnya.Persoalannya kenapa ada ulama kita yang tidak faham teori ini?

Dato' Masyitah Ibrahim Muktazilah?
Ini satu persoalan bukan fakta.Terang dan ada bukti yang kukuh Dato' Masyitah menolak hukum hudud.Katanya mereka yang mencuri ini tidak perlu dipotong tangan nnti mereka nak makan pakai mana?mereka ini sepatutnya diberikan satu peluang pekerjaan...$#%*((*&^%$#@!#$%...(saper tak dapat keje boleh laa mencuri dulu sbb pencuri dibuke peluang pekerjaan oleh kerajaan atau kerjalaa ngan Dato' Masyitah..hurm..ape2 jeklaa..)

Berani tak berani saya mengkaitkan dia dengan muktazilah.Bukan dia sahaja.Kita lihat juga mereka disekeliling kita atau adakah kita sendiri.Apabila dah disogok dengan wang dunia mati semua ilmu agama.Tidak salahlah mereka yang mengatakan ulama Umno ulama bisu.

Baru-baru ini kita telah digembar-gemburkan beberapa isu hangat Umno antaranya tentang APCO dan Dato' Anwar,hak royalti anak-anak FELDA,4 mahasiswa kos sains politik UKM terlibat pilihanraya ditahan,dan pelbagai lagi propaganda Umno menjatuhkan kredebiliti Pas.Begitu juga isu 20 lebih pemuda dewan ulama Pas masuk Umno.Apa komen anda?
Kalau benar 2 pemuda ulama Pas diundang masuk Umno.Pada masa yang sama 20 orang ditarik masuk Pas.Ini sudah pasti.Kalau benar mereka ingin memperjuangan Islam dalam Umno,saya cabar tunjukkan bukti ulama yang sudah perjuangkan Islam dalam Umno.Yang saya tahu mereka keluar dari Umno atau jadi ulama bisu itu ada.

Ada juga pandangan mereka mengatakan 'kita harus perjuangkan Islam dalam bentuk apa sekalipun tidak semestinya masuk dalam Pas atau kata lain mengapa harus memilih??'
Katanya:Memilih Pas ini tidak semestinya kita sudah memilih Islam.
Jadi apa bukti anda memilih Islam?
Jawabnya:yang penting kita faham Islam dan berdakwah dengan apa sahaja cara yang boleh kene pada cara..

Hang nak dakwah apa sorang-sorang tanpa masuk dalam jemaah?Bukankah nabi mengajar kita untuk berdakwah dalam jemaah.Begitu juga nabi menyusun hadaf mereka yang terpenting hingga berjaya mendirikan daulah Islamiah.Untuk apa RasulAllah hantar sahabat-sahabat baginda ke seluruh negara arab menyebarkan Islam kalau bukan untuk dirikan Daulah Islamiah.Kerajaan Islam lah yang dapat mendirikan hukum Islam.Itulah yang kita mahu capai.

Memilih Pas tidak semestinya memilih Islam atau mengapa perlu memilih ini satu teori tidak ada hujah yang kuat.Bukankah kita harus memilih.Teori ini juga seperti teori muktazilah membenarkan pengakuan imam tanpa salah satunya sama ada hati atau lisan.
Kalau kita mendasari semula pengertian Iman:

Erti Iman (الإيمان) secara harafiah dalam Islam adalah bererti percaya kepada Allah. Dengan itu orang yang beriman adalah ditakrifkan sebagai orang yang percaya (mukmin). Siapa yang percaya maka dia dikatakan beriman. Perkataan Iman (إيمان) diambil dari kata kerja 'aamana' (أمن) -- yukminu' (يوءمن) yang bererti 'percaya' atau 'membenarkan'. Perkataan Iman yang bererti 'membenarkan' itu disebutkan dalam al-Quran, di antaranya dalam Surah At-Taubah ayat 62 yang bermaksud:

"Dia (Muhammad) itu membenarkan (mempercayai) kepada Allah dan membenarkan kepada para orang yang beriman."

Takrif Iman menurut istilah syariat Islam ialah seperti diucapkan oleh Ali bin Abi Talib r.a. yang bermaksud: "Iman itu ucapan dengan lidah dan kepercayaan yang benar dengan hati dan perbuatan dengan anggota."

Aisyah r.a. pula berkata: "Iman kepada Allah itu mengakui dengan lisan dan membenarkan dengan hati dan mengerjakan dengan anggota."

Imam al-Ghazali menghuraikan makna Iman adalah: "Pengakuan dengan lidah (lisan) membenarkan pengakuan itu dengan hati dan mengamalkannya dengan rukun-rukun (anggota-anggota)."


Beberapa ulama berpendapat terbatallah iman seseorang jika tiada syarat diatas.Ada yang memungkinkan sampai seseorang kekafirannya atau ada yang tidak mengkafirkan.

Atas implikasi apakah yang mereka pakai untuk tidak memilih Pas setelah mengikrarkan dalam hati dakwah Islam perlu pada jemaah?Atau ada jemaah lain mereka pilih?Umno?Mca atau DAP?Fikirkanlah...
Kadang-kadang manusia ini suka menggunakan aqal mereka yang terbatas dan membangga-banggakannya.Kononnya berfikir dari sudut yang lain.Tidak semua perkara boleh digunakan istilah "berfikir dari sudut pandangan yang berbeza" Jangan sampai kita macam muktazilah menghukumkan semua menggunakan aqal tanpa mentakwilkan dengan hujah aqidah yang benar dan jelas.

Terpulang kepada mereka memahamkan dengan jelas fakta diatas.Bukanlah satu pandangan saya dan mengajak orang supaya berfikir seperti saya.Tapi seperti sebelum ini saya akan menyeru semua berfikir semula mengikut lensa pemahaman yang betul.Saya lebih mementingkan kita berfikir secara kolektif dengan pengetahuan kita akan semakin bercambah berbanding mereka yang berfikir dan berpendirian sendirian (syok sendiri).Takut-takut jadi muktazilah.Melainkan ada mereka yang membenarkan pandangan muktazilah

Monday, April 19, 2010

TRANSKRIPSI HIDUP BELUM BERTEMU NOKHTAH

AHAKS..
(Ahak nih adalah seorang mualim kepada khalifah Abdul Malik bin Marwan pada zaman pemerintahan Bani Umaiyah berasal dari Afrika,mukanya hitam,matanya beretak dan berwarna merah %$%)()^&*^ namun dia disegani khalifah..)
Mengikut Kamus Dewan, “transkripsi” antara lain membawa maksud “teks penuh berdasarkan rakaman ucapan dan sebagainya.”


Ingatkan saya sorang yang bencikan program perasmian ni..saya cakap kat budak2 nih klu ada lagi majlis perasmian sultan saya orang pertama MEMBANTAH..saya sokong ust akmal comment beliau tentang kedudukkan president PMRAM pada majlis makan bersama sultan tuh..saya agak dah mase ni laa umno nak main dengan api..

Entah kenapa 3 hari sebelum majlis perasmian berlangsung saya tak der perasaan dengan majlis tuh..tung tang mamat arab bertukang nak siapkan beberapa elemen kawasan perasmian tuh..saya makin menyampah..saya agak dah ader jek HEWI perasan saya tidak turut sama-sama turun padang buat persiapan..saya cuba juga cari kerja-kerja kosong untuk bantu tapi cam tak perlu kot dah ramai orang..wat jeklaa aper yang perlu..

kepala pening...banyak presentasi kat kuliyah saya terlepas...
tak kisah pon..
alhamdulillah xment KAPITALISME saya siap jugak..
sori aufa saya tak dapat bantu kamu siapkan adminstrasi misionaris kristianisasi di Indonesia.
masa tuiton kt umah Brunei aufa memberitahu kami ttg presentasi tersebut..sume wakil harus presentasikan..endon malaysia brunei..saya lebih berminat utk bercerite tentang kristianisasi di Indonesia.

Pada kurun ke 16 Portugis dan Sepanyol membawa misi room-khatolik ke Pulau Jawa dan Indonesia Timur.kemudian datang pula belanda mengusir portugis dan sepanyol dan menybarkan ajaran protestant..Belanda membuat kubu di Jawa timur..bla bla bla(^&%&%%&^$$##!@!
aufa agak tergamam dan tersenyum ..
"saya org endon pon tak thu sejarah negara sendrik" hish enggak apa2 aufa...hehe

wat bodoh jek duk dlm bilik tido,bace buku,layan blues..orang duk sibuk ngemas..
1hari sebelum program aku wat laa happy bantu dorang tapi tetap jugak muka aku masam..lagi2 nak tggu bilelah taklimat kate pagi pastuh ptg bawa sampai ke esok pagi...aku cume ingt2 jek pengalaman aku mase majlis makan malam ngan menteri besar Johor 4 tahun lepas...


KEMANAKAH HALUAN SAYA SELEPAS INI??
Saya juga seperti wanita lain yang punyai naluri untuk bercinta dan berkasih..namun bukan sebab itu saya memilih untuk melangsungkan majlis perkahwinan bila pulang nanti.Siapa jodoh saya pun saya tidak pasti.Sudah tentu jawapannya Allah maha mengetahui.

TRANSIT CINTA
SUKEJ EDISI 115 sudah berada didalam pasaran!! sila dapatkannya segera!!! edisi tidak diterhadkan..nak beli sorang 10 pon boleh..hehe
kene sangatlaa tuh jual mase kursus pra-perkahwinan 19-20 April.
Saya yang terhempap Transit Cinta selepas membungkus 1066 unit saya susun disebelah ruang meja belajar.Berpinar-pinar mata saya melihat tajuk Transit Cinta yang penuh dengan kalam-kalam indah yang meluatkan hati(selain nas)..namun Hikmahnya mula saya fikirkan.
Kerna Cinta mahasiswi al-Azhar jatuh dan putus asa dalam pelajaran.Kerna cinta mahasiswi al-Azhar leka lupa tuntutan dirinya sebelum menjadi isteri kepada si suami.
pernah sekali dua saya mengingatkan kepada mereka tumpukan sepenuh masa pada diri sebelum kita menggunakan banyak masa kita untuk orang lain.

METHOD SEORANG ULAMA,PEMIKIR DAN AKTIVIS?
Adakalanya saya fikirkan saya mahu jadi kesemua diatas.
Saya pelajar agama sudah tentu saya memegang watak ulama atau pendakwah.
Saya berada di bidang aqidah dan falsafah tidak jauh ia mendekatkan saya dengan metod seorang pemikir.
Saya mahu menjadi seorang penggerak harakah Islamiyah.Ia sudah tentu perlu terjun ke bidang masyarakat dan perlu bergiat aktif.
Sesekali fikiran saya memikirkan satu kerjaya yang pernah saya cuba minat dan dekati taklah suatu masa dulu baru-baru jugak..menjadi seorang ahli korporat.(berangan jek)
'Ala kulihal dimana saja saya dicampakkan saya tetap akan terus berjuang kene dengan caranya.

8 MAC 2010 HARI WANITA SEDUNIA

Tema gagasan yang dibawa pada tahun ini adalah “Equal Rights, Equal Opportunities: Progress for All”.Sampai sekarang hak dan kebebasan wanita dituntut dan disuarakan.Hak apakah yang mahu sangat disuarakan wanita terutamanya wanita Malaysia kalau tidak hak nafkah,harta dan anak-anak.Itu sahajalah masalah yang dialami wanita masa ini.Tentu gembira kakak sepupu saya dengan tema gagasan yang dibawa pada tahun ini kerana dia adalah wanita minoriti yang mengalami masalah seperti itu dan sehingga sekarang masih menuntut hak di mahkamah.Suami beliau peguam.Sibuk suami dia nak setlekan masalah dia saja di mahkamah.Selesai satu tambah lagi satu.Kalau tak balik rumah jangan tanya pasai pa..hehe

Huh!!letih...Nak buat apa?Saya benci suasana yang kusam.Saya seorang yang ceria dan cerdik menceriakan suasana.Orang seni katakan.Namun saya mempunyai sentimen apabila menyentuh hal-hal wanita dan politik.Ingin saya cuba membawa revolusi wanita yang mengeksploitasikan diri kepada perkara-perkara yang mencemarkan maruah sendiri kepada empayar yang lebih besar dalam bidang tarbiah.Bukan tarbiah anak-anak sahaja.Maruah juga hak Kak Jah oi...
Adakah tema gagasan ini hanya menyentuh hak wanita yang tidak dilangsaikan lagi sahaja.Banyak lagi hak-hak wanita yang mereka sendiri tidak pertahankan.
Ambil tema gagasan itu dan hempapkan keatas diri mereka yang menjual maruah diri nescaya mereka tidak tahu apa yang dihempapkan ke atas diri mereka.erm..Lebih kurang macam keldai ke cam tuh..

AHLI PAS MAHU TARBIAH
Mana-mana ahli PAS hari ini menyentuh soal tarbiah.Blogger aktivis PAS juga menyentuh soal tarbiah dari PAS.Ada yang kata PAS buang masa dengan pilihanraya.Sepatutnya waktu-waktu inilah PAS harus memantapkan tarbiahnya dengan membuat bengkel atau program tarbiah pada masyarakat.Huh mantap..
AHLI PAS MELIBATKAN DIRI MEREKA KE DALAM ABIM,ISMA,HIZBU TAHRIR atau NGO LAIN UNTUK MENDAPATKAN TARBIAH.Ini satu lagi masalah saya apabila mahasiswa al-Azhar tidak bersama PMRAM kerana telah melibatkan diri mereka dengan NGO lain dari Malaysia lagi.Bagi mereka tarbiah yang telah diajarkan mereka sangat mantap sehingga mereka sangat sayang meninggalkan NGO tersebut.Bila ke Mesir tidak terlibat dengan PMRAM dan mengatakan PMRAM tiada ciri-ciri pentarbiahan yang mantap

PMRAM HARUS TERUS MEMPRAKTIKKAN DAKWAH FARDHIAH PADA AHLI SECARA TELUS.Dakwah fardhiah atau dakwah individu adalah satu mekanisma dakwah PMRAM sebelum sampai kepada Daulah Islamiyah.Penyatuan fikrah menjadi fokus PMRAM sesi ini bagi mewujudkan kesatuan amal dikalangan PMRAM ahli dan cawangan sesuai dengan tema yang dibawa pada tahun ini Kemantapan Fikrah Manifestasi Tarbiah.Survival PMRAM terus gah dan utuh dapat dibuktikan setelah semua warga PMRAM meraikan sambutan tahun PMRAM ke-80 pada 11 dan 13 April yang telah diadakan di Majlis Muktamar PMRAM di Dewan Solah Kamil baru-baru ini bagi kenaikan sesi badan pengurus dan ajkt HEWI baru sesi 2010.Tahniah kepada badan pengurus dan ajkt HEWI yang telah dilantik dan selamat menjalankan tugas.

LEBIH SUKA TIRU CARA AYAH

Ayah pamangkin semangat saya.Walaupun beliau seorang lelaki yang tampan,beliau dapat memahami saya seorang wanita yang &%#%!*).Seorang supporteryang tidak pernah lari dari kerja dan makan gaji.Beliau sentiasa memberi semangat dan dorongan untuk saya mencapai cita-cita saya yang confident tapi tak comfirm.Mungkin kerana ini saya lebih dekat dengan ayah dan saya lebih suka tiru cara ayah.Lelaki namanya juga tetap lelaki juga bernaluri lelaki tidak akan memahami lebih tepat naluri wanita.Sesekali sukar untuk tidak menerima keputusan beliau kerana saya selama ini senang dengan pendapat beliau.Merajuk hati mengadu pada si emak.Emak juga sentiasa memahami saya seorang anak gadis yang polihistor ini.Kalau merajuk lagi saya buat keputusan sendiri.Itulah yang dirisaukan oleh emak dan ayah.Adakah waktu itu saya akan bertindak untuk memahami perasaan mereka.Adalah sangat perlu...
Impian saya yang masih ingin merantau mencari seluas lautan ilmu sangat merisaukan beberapa pihak di Malaysia.Pada hakikatnya itulah saya.Dulu pernah orang tanya kepada saya negara apakah yang sangat-sangat saya ingin lawati.Saya menjawab Jepun dan China sebab tengok cerita kat tv cam best jek negara dorang.Sampai sekarang saya masih berpendirian yang sama namun alasan yang berbeza.Banyak lagi negara yang ingin saya jejaki bagi merealisasikan matlamat hidup saya seperti Pakistan,Iran dan Syria.Namun semua itu mengikut kemampuan.Bukan kemampuan diri tapi kemampuan keewangan dan izin keluarga(@ suami..hehe)Ini bukan angan-angan bersahaja tapi satu angan-angan yang ingin saya kejar.Tapi entah bilakah tiba...

SESEKALI HATI TERPAUT PADA SIDIA
Main cinta-cinta atau cinta main-main pastikan tidak wujud lagi.
Sudah masanya saya perlu matang untuk menerima siapa pilihan hati dan keluarga.Sudah pasti saya akan memilih orang yang sangat disenangi dan diterima keluarga.Kadang-kadang saya lebih suka berfikir tentang fokus saya sekarang sebagai seorang mahasiswi dari memikirkan tentang siapa sidia tetapi itu tidak bermakna saya tidak serius tentang hal-hal rumahtangga.Naluri tidak pernah menolak cinta walaupun seringkali hanya angin cinta yang menyejukkan hati tapi hanya sekadar waktu ini bukan untuk selamanya.Bilakah untuk selamanya?
(posting di ruangan ini tidak boleh melebihi 80 patah perkataan kerana penulis sendiri macam nak meluat bace.hehe)

TRANSKRIPSI BELUM BERTEMU NOKHTAH.
Perjalanan hidup ini entah bilakah berakhir.Perjuangan dan matlamat akan tetap diteruskan sebelum bertemu cerita akhir pada hayatku.
Sabda RASULLULLAH;
'Beribadahlah kamu seperti kamu akan mati pada esoknya dan bekerjalah kamu seperti kamu akan hidup selama-lamanya'.
Saya masih banyak kelemahan yang perlu diatasi dengan kemampuan diri.Saya sentiasa mengharapkan kekuatan dari Allah Taala untuk terus menghadapi dugaan dan ancaman luar yang melemahkan diri dan mengharapkan mereka sentiasa mendampingi saya walaupun dalam keadaan susah atau ceria.Kelemahan saya pemangkin untuk diri saya berubah menjadi lebih terbaik seperti watak Violent dalam filem The Incredibles.

Wednesday, March 24, 2010

PRK BAGAN PINANG

bukti wang palsu yang disebarkan sendri oleh umno..sbb tuh laa takut pada perubahan..suke bgn pinang tuh tak berubah..senang nak bodohkan!!ehh..jgn over..hehe

Selepas kemenangan Pas dari segi ukhwahnya PRK kat bgn pinang neg 9.Wanita umno wat persindangan kononya selepasnya kemenangan Bgn Pinang mereka yakin Umno akan menang lagi.. sabar2 baru menang sekali..ahli Pas perlu kuatkan ukhuwah untuk kekuatan pas dan kemenangan Pas akan datang..TAKBIR!!


Sememangnya kemenangan dan kekalahan bukan matlamat utama Pas dalam apa jua pertandingan dunia.Sudah pasti Allah akan memberi kemenangan pada Islam..cuma sama ada cepat atau lambat.. Dalam masa yang sama.proses tarbiah dijalankan bersama..kadang-kadang ia dijadikan satu program atau bengkel.Namun tarbiah ini adalah secara halusnya diperolehi dari Allah Taala apabila mereka yang memandang sesuatu kekuasaan Allah itu ada hikmahnya.. Sekarang terlalu ramai Mu'alim tapi tidak ramai Murabbi..Murabbi inilah yang harus ada pada kita..cubalah berusaha menjadi seperti itu.Mendidik rohani kita sehalus mulus dengan ajaran alQuran dan Sunnah.

Demokrasi Terpimpin

Selepas saya membaca blog yang menarik pada saya Asraarul Mufidah www.srikandiumar.blog.friendster.com/ pada pertama kalinya saya membaca penulisan beliau bertajuk demokrasi sampah atau najis,terdetik di hati saya untuk berkongsi pandangan dengan beliau tentang perkara ini.
Tidak sangka rupa-rupanya kritikan pimpinan dasar Demokrasi dalam Pas menjadi pandangan majoriti ahli Pas..saya pn tertanya mengapa ya?

Benar,seperti pandangan srikandiumar..ini adalah satu sistem politik yang dibawa oleh barat.Kami mempunyai satu pandangan yang sama.Dan persoalan yang bermain di pemikiran juga adalah sama..Mengapa demokrasi?adakah Pas tidak mampu menjalankan sistem politik Islam atau dinamakan Autokrasi yang telah dibawa pada zaman Khalifah Islam dahulu?
saya tambah sedikit pandangan dari beliau tadi adalah..

Begitu juga saya tanya anda, berapa banyak kerugian Negara dalam mengamalkan sistem demokrasi di Negara kita? Berapa kalikah Islam ‘berjaya’ menang dengan sistem barat yang lebih hina dari sampah ini?? Berapa banyak kerugian
tenaga dan masa dalam menjulang Islam menggunakan sistem pinjaman yang salah ini????
Demokrasi ?
Mengapa kita meminjam sistem demokrasi barat?
Bolehkah matlamat menghalalkan cara?
Tapi, jika sekejap sahaja kan tak mengapa?Sekejap tu sampai bila?
Adakah pasti pinjam sekejap menjanjikan kemenangan? Hmm..mana?
Mana dalil yang membenarkan penggunaan sistem ini?
Adakah pasti ISLAM akan menang dengan sistem barat yang tidak pernah telus ini???


Akhirnya penulis juga meninggal persoalan ini kepada pembaca untuk sama-sama berfikir dan mengkaji sejauh manakah sistem demokrasi ini boleh dipakaiguna dalam Islam.
Adakah saya juga perlu meninggalkan persoalan kepada persoalan.akhirnya tinggal persoalan..bila jawapannya?

Spekulasi ini semestinya tidak akan berakhir jika kita memikirkan segala yang dibawa dari barat adalah diskriminasi menghancurkan Islam.Adakah anda pernah memikirkan senario yang berputar antara barat kadang-kadang membantu kemenangan Islam.
Mari kita teliti semula sejarah yang saya mahu kongsikan bersama pembaca bagaimana musuh-musuh Islam duhulu bersengkokol dengan tentera-tentera Islam.

Di Mesir pada masa kerajaannya diperintah oleh Raja Muqauqis seorang ketua pendeta kristian,adakah kita tidak pelik tentera-tenteranya bersepakat dengan tentera-tentera Islam yang dipimpin oleh Khalifah Amru Al'asr untuk menhalau penjajah Romawi yang memonopoli Mesir pada masa itu? Di atas kesempatan itulah,tentera Islam mula masuk ke negara Mesir dengan melalui terusan Suez dan pemerintahan Islam mula tertegak di bawah Khalifah Amru Al'asr.

Begitu juga Khalifah Toriq bin Ziyad ,adakah kita fikir pemerintahan Islam mudah masuk kenegara-negara Kristian untuk membawa Islam dan sekaligus mendirikan Daulah Islamiah disitu? Semestinya tidak..
Khalifah Toriq bin Ziyad dapat memasuki Sepanyol atas bantuan seorang golongan bangsawan Count Julian kerana berasa amat marah terhadapt penguasa yang mencabul kehormatan anaknya Florida. Kaum yahudi yang duduk disitu ditindas oleh golongan feodel dan para panglima perang. Kesempatan ini tentera-tentera Toriq bin Ziyad masuk ke Sepanyol atas harapan yang tinggi oleh rakyat Sepanyol untuk menuntut keadilan.

Adakah anda pelik Khalifah Islam membantu pembinaan gereja kristian?
Pada zaman Bani Umaiyah di Andalusia dibawah kerajaan Khalifah Muawiyah.seorang menteri keewangan yang bernama Sarjun telah ditugaskan oleh Muawiyah untuk meyelidiki kekurangan yang ada di gereja akibat gempa bumi di Iraq. Selain itu, pada zaman Abdul Malik bin Marwan,sewaktu beliau mendirikan masjid Omar ada di antara pemuda-pemuda Nasrani (kristian) yang turut sama-sama membantu atas pembinaan masjid tersebut.

Jadi apakah yang kita sangat takutkan dengan sistem demokrasi ini?
Kedatangan Islam adalah asing.Banyak persoalan yang dilemparkan kepada nabi namun tidak semua nabi jawab. Begitu juga sekarang semakin asing. Maka kitalah orang yang asing itu kerana memilih agama yang pernah dianggap asing ketika dulunya. Oleh tiu tidak semua perkara kita boleh jawab.

Tidak perlu dihitung perkara yang konflik dengan aqal manusia yang terbatas ini.
Seandainya kita yakin dengan Allah maka kita yakin dengan Ulama-ulama kita.
Kerana ulama ini pewaris para Nabi.

Thursday, February 18, 2010

PERSATUAN BANGSA-BANGSA BERSATU VS PIAGAM MADINAH DALAM TOLERANSI BERAGAMA

Apakah yang dilakukan oleh Ahli persatuan Bangsa-bangsa Bersatu pada mula mereka merancang etika-etika penubuhan bangsa-bangsa bersatu sekaligus membuat satu piagam antarabangsa yang menjadi rujukan seluruh negara?
kemanakah perginya ahli-ahli pbb ini sewaktu bangkitnya isu-isu perang Palestin dan Iraq?
Apakah piagam wadie ini sudah tiada ahli jawatan kuasa yang ditugaskan untuk menjalankan UUD ini??Apakah mereka sudah tertidur atau sibuk dengan memecah belahkan masyarakat lain?

Siapa yang berani menyuarakan kritikan undang-undang dasar ini sudah menjadi sebuah cereka sekadar mementasi dunia tentang kehebatan pemimpin Eropah,Amerika atau London dengan mencipta cereka yang sia-sia tanpa aplikasi?
Kepimpinan Malaysia??hampa...Perhimpunan PBB baru-baru ini pun beliau tidak menghadirkan diri.Walhal inilah kesempatan beliau untuk berucap bagi membentangkan pembawakkan tema Satu Malaysia beliau ke persidangan tersebut ke mata dunia.Atau beliau malu dengan kes Altantuya yang sudah menjadi isu perli dunia luar terhadap kes pemerintah Malaysia selepas kes Dato Sri Anwar?

KALIMAH ALLAH
UNDANG-UNDANG DASAR KE 29 AKTA 1945: Negara menjamin kemerdekaaan tiap-tiap penduduk untuk memeluk agamanya masing-masing dan untuk beribadat menurut agamanya dan kepercayaannya itu." dari fasal (DEKLARASI HAK-HAK ASASI MANUSIA)yang telah ditetapkan oleh PBB dalam sidangnya 10 Disember 1948 di Paris.

Kalimah Allah yang digunakan oleh orang-orang selain Islam.Apakah dibolehkan?
ISu bakar gereja di Malaysia siapa yang berhak bertanggungjawab kalau bukan pemerintah.

Pada pandangan saya,biarkanlah orang selain Islam ini mahu lakukan apa-apa saja hatta mereka nak letakkan nama Allah dimana-mana sekalipun.Sudah namanya pun agama sudah banyak diselewengkan.Apa yang perlu menjadi fokus utama kita ialah dakwah mnggunakan uslub yang telah digariskan Islam.

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian,

Di Romawi terpecah kepada dua ibukota.Romawi timur dan romawi barat.Romawi timur beragama kristian Ortodoks dan sebelah barat kristian Khatolik.
Selepas pembukaan kota Islam Konstantinopel(sebelah timur)oleh Sultan Muhd AlFateh dari Turkey,rakyatnya bebas mengamalkan ajaran agama mereka masing-masing tanpa ada satu pun pembakaran gereja Ortodoks.Namun apa yang berlaku di sebelah barat yang telah di perintah oleh Paus (Khatolik) rakyatnya menjadi huru-hara kerana pemerintahan kuku besinya sehingga berkata seorang pemimpin kristian Ortodoks: "Lebih baik diperintah oleh serbannya orang turkey (Islam) daripada diperintah oleh jubahnya Paus"

Begitu juga semasa pemerintahan Seidina Omar Al-khatab semasa baginda berjaya memerintah di Yerussalam.Segolongan besar rakyat dinegara itu adalah beragama kristian namun baginda mampu untuk memerintah secara aman tanpa penindasan kaum dan pembakaran gereja.

Siapakah pengamal UUD PBB ini?
Tepuk dada tanya iman.

PIAGAM MADINAH
Ada 3 kelompok kabilah yang besar di Madinah iaitu Bani Qainuqa',bani Quraizoh dan bani Nadir.
Pada asalnya mereka berasal dari Palestin.Disebabkan berlakunya penindasan kaum penduduk asing yang telah menyerang Palestin lalu mereka lari ke Madinah dan berlindung disitu.
Puak-puak inilah yang memusuhi nabi dan pengikut-pengikutnya kerana iri hati dan khuatir kehilangan kewibawaan dan kehilangan mata pencarian walhal mereka itu adlah terdiri dari kaum pendeta yang hidup dalam kependetaan yang mereka susun.

Atas perkara itu,Nabi telah mengadakan perjanjian Madinah abgi mengelaskkan hal-hali yang tidak diingini berlaku antara kaum muslimin dan kaum yahudi di Madinah.
Perjanjian ini telah disepakati dan telah ditanda tangani pada 623 tau 624 Masihi 1 atau 2 hijrah.
Referendum kepada perjanjian tersebut ada mengatakan Nabi Muhammad S.A.W tidak memaksa penduduk Madinah atau penganut lain untuk memeluk agama Islam.Ini menunjukkan perdamaian antara rakyat di Madinah terjamin,baik kaum yahudi atau kaum Islam.

Walaubagaimanapun mereka tetap bermusuhi nabi dan pengikutnya.Maka telah berlaku penghianatan Yahudi bani Qainuqa' yang berkomplot dengan musyrikin Mekah untuk menghancurkan nabi dan menghalau pengikutnya dari Madinah.

Apakah Islam tidak pernah menunjukkan toleransi dalam beragama?
Apakah kepimpinan sekarang tidak pernah mengkaji fakta-fakta sejarah Islam dahulu lalu dijadikan panduan mereka?

Begitulah sedikit fakta yang saya kongsikan dalam hujah-hujah saya bagi mengkritik UUD PBB dan bezanya dengan piagam Madinah yang diadakan oleh nabi.
Sungguhpun Islam sangat mengajar kita tentang menunaikan janji mereka.Musuh-musuh Islamlah yang melanggar apa yang mereka telah sepakati.Maka sia-sialah apa yang mereka telah janjikan seperti apa yang dibawa dalam Undang-undang Dasar PBB yang telah diadakan pertama kalinya di Dewan Church London itu.

Tuesday, February 16, 2010

Kenape tabaru' kitab kuliyah??

Assalammualaikum w.b.t

Sudah lama juga penulis menyepikan diri dari meng'entries post'kan blog ini.
Mungkin penulis blog sibuk atau tiada idea nak posting.
untuk pembuka intries penulis pada hari ini tentang kitab kuliyah..
kenapa perlu ditabaru'kan..tak sayang ker??

13hb februari adalah tarikh berakhirnyer expo buku besar-besaran yang telah diadakan di Cairo..dan baru kali inilah saya menyibukkan diri untuk membeli kitab-kitab yang saya fikirkan berguna untuk saya sekarang dan pada masa akan datang..
huh!! beli banyak kitab maka bertambahlah tanggungjawab saya pada kitab-kitab nie..
bertambah pula kitab-kitab kuliyah..
namun,tidak ramai yang mengambil sensetiviti terhadap kitab-kitab kuliyah.

1) Pandangan saya,kitab kuliah ini mempunyai satu kelebihan yang boleh digunapakai.
Ia adalah penulisan atau penta'likkan doktor-doktor al-azhar fokus pada satu subjek dari kos yang diambil yang mudah difahami.Sebagai kefahaman kita ia penting untuk digunakan lagi dan rugi kalau ditabaru'kan(dihadiahkan pada orang lain).

2)Cadangan untuk menyusun kitab-kitab kuliah setaraf kitab-kitab di ma'rod(expo buku)

kaedah untuk mencantikkan lagi kitab-kitab kuliah ini.kita boleh kulitkan ia dengan kulit yang tahan dan agak keras supaya tahan lama.

Susunlah ikut subject umum contoh feqh didalamnya terkandung subjek khusus yang telah dipecahkan seperti feqh muasarah,usul feqh,feqh adillah dan seumpama dengannya kemudian disatukan dalam satu jilid.mudahkan..
memang mudah dan cantik tapi kene hantar kedailah...takder duit takleh nak susun cantik cam tuh...hehe


3)Macam tak guna jek kitab-kitab kuliah ni baik aku tabaru'
Jangan!!! Sayangilah kitab-kitab kuliah anda.
Kitab-kitab kuliah ini boleh dibuat rujukan sebagai kefahaman kita pada satu masa kelak.Sebelum merujuk sumber asal,kita boleh merujuk terlebih dahulu kitab-kitab kuliah yang berkaitan sebagai kefahaman umum dan pandangan doktor.
Ini adalah satu cara yang mudah bagi memahami tajuk penulisan yang kita ambil untuk membuat satu penulisaan.

Adakah anda tidak terfikir untuk megambil M.A kemudian PHD selepas tamat ijazah?mungkin ia mungkin tidak.meskipun tidak..
cubalah untuk menterjemah kitab-kitab moden atau kutaib(kitab kecil)yang mudah didapati dimana-mana.Kaedah ini adalah satu permulaan yang sangat baik kepada graduat azhar yang bersedia mentranformasikan diri mereka kearah yang lebih cemerlang.

Semoga berjaya!!
Jadilah manusia yang memberi manfaat kepada orang lain walaupun dicampakkan dimana-mana sekalipun.