KREDIBILITI MAHASISWI PMRAM SEMAKIN DIGILAP
Pada 24 Julai 2010 baru-baru ini Hal Ehwal Wanita Islam Badan Kebajikan Pelajar Johor Mesir telah menganjurkan satu program bertemakan ‘Aku Wanita’ yang telah dirasmikan oleh timbalan pengerusi Hal Ehwal Wanita Islam Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir 2010 Ustazah Nor Hafizah Abdul Wahab.Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk mengupas semula masalah-masalah yang berkaitan dengan wanita yang dimulakan dengan slot pengenalan tentang wanita yang terkandung di dalam Alquran,taurat dan injil..Kitab yang digunakan untuk pembahasan feqh wanita ini adalah Tempat Wanita di dalam Alquran dan Hadis dikarang oleh Dr.Muhammad Bitaji Pensyarah Kos Syariah Islam Kuliyah Darul Ulum Universiti Kaherah dan kitab Feqh Mar’ah yang dikarang oleh Almarhum Sheikh Muhamad Mutawali Sya’rawi ( bekas mufti Mesir).
Beberapa kupasan soalan yang telah dilemparkan oleh panel bagi membuka mata kepada pendengar bagaimanakah mereka harus mendepani masalah-masalah yang dihadapinya bukan sekadar masalah dalaman wanita sahaja namun menyentuh juga tentang masalah wanita tabaruj,kerjaya dan sebagainya.Program ini telah membuktikan bahawamahasiswi sebenarnya lebih dominan menangani isu-isu wanita meskipun mereka bukan dari pengajian pengkhususan syariah sahaja.
Meskipun begitu praktikal yang bermanfaat seperti ini perlu diasah lebih tajam lagi kepada seluruh mahasiswi terutamanya yang menuntut di Mesir bahawa mereka mampu menjawab isu-isu wanita dan tidak usah menujukan soalan ini kepada ‘Ustaz’ sahaja kerana kita lebih mengerti dan memahami masalah kita selaku wanita.Meskipun banyak pandangan tentang isu-isu wanita contohnya haid,pada akhir slot DARA.COM Ustazah Huzaifah selaku HEWI PMRAM 2010 mengatakan tempoh kesucian dan haid wanita bersangkut paut dengan genetic wanita yang juga telah dikupaskan isu berkenaan oleh ulama.Ada pandangan ulama mengatakan putaran haid wanita atau yang berkaitan dengannya mengikut kebiasaan wanita tersebut.Dan ada juga sebahagian ulama tidak mengupas masalah ini lebih mendalam kerana hadis yang menyentuh tentang haid wanita atau sebagainya adalah sedikit.
Meskipun soalan yang sama dilemparkan dan jawapan yang sama diberikan,mereka akan tidak berpuas hati kerana masalah ini sering kali dialami oleh mereka sendiri dan mereka tidak menemui anisiatif pemulihan bagi menyelesaikan masalah itu.Walaubagaimanapun kita sendiri harus mengkaji dan bersedia member jawapan tentang masalah yang kita hadapi dan itu sebenarnya yang lebih meyakinkan.Kita sering berkata tentang wanita dan cabaran hari ini,namun bagaimana aplikasinya?.Oleh itu kita haruslah mencipta satu transformasi diri ke arah apa jua bidang sama ada dalam bidang politik ,social,dan lain-lain bagi mendepani era global yang penuh dengan fitnah kaum wanita.Sejurus itu kita juga harus bersedia menerajui isu-isu dalam atau peringkat antarabangsa terutamanya menyentuh soal sensetiviti agama.
No comments:
Post a Comment