Sunday, July 10, 2011

BERSIH 2.0

Polis kata tangkapan kami bukan mahu menghancurkan kami semua.Polis hanya bertindak menahan orang-orang yang berada disekitar titik 'panas' dan lokasi-lokasi yang tidak dibenarkan berada disitu.
Begitulah apa yang dikatakan 'puan polis'(tidak dikenali status dan pangkatnya)itu kepada saya.Saya tersenyum sahaja dan hanya dapat mengatakan polis ini hanya bertindak mengikut arahan atasan sahaja meskipun ada anggota polis bawahan yang tidak bersetuju dengan cara mereka bertindak.

Ikhtiar ke Kuala Lumpur lebih awal
Saya berada di Kuala Lumpur pada hari Selasa 5 Julai 2011 untuk menghadiri satu pertemuan rasmi 6 Julai 2011.Atas kesempatan itu saya mengambil anisiatif untuk mengambil cuti pada 7 dan 8 Julai 2011 untuk berada di Kuala Lumpur.Menyedari beberapa masalah yang akan dihadapi ekoran sekatan yang dibuat oleh pihak polis menyukarkan perancangan yang telah saya susun.

Berada di Shah Alam 6 Julai 2011
Saya ditempatkan di rumah sahabat-sahabat seperjuangan saya.Alhamdulillah,hilang rindu saya pada Kak Hasbiyana Wahab selaku Ketua Briged Muslimat Malaysia.Dia masih aktif walaupun sudah berkahwin dan masih mahu menjalankan tugasnya walaupun sebelah tangannya patah akibat kemalangan semasa Muktamar Tsanawi 4 Jun 2011 di Taman Melewar.
Sahabat saya menelefon saya agar berada di Kuala Lumpur lebih awal.Memandangkan saya ada tugas yang perlu dijalankan.Pada hari itu juga saya ke K.L Sentral untuk mendapat tiket LRT ke Kerinci.

Memerlukan kereta.8 Julai 2011
Saya dilantik sebagai ketua Kontinjen Briged Johor ketika itu diarahkan untuk mengumpulkan semua jentera-jentera sukarelawan muda di satu lokasi.Saya dimaklumkan sekatan-sekatan yang dibuat oleh pihak polis memakan masa yang lama dan menyukarkan briged sampai tepat pada masa untuk taklimat.Saya meminta beberapa Nisa' dari Johor menaiki kereta saya yang ada di Johor bagi memudahkan mereka melalui jalan-jalan dalam yang tiada sekatan.
Alhamdulillah mereka sampai sekitar pukul 11 malam.

Arahan berada di Masjid Jamek lebih Awal
Saya dan beberapa Briged lain diminta untuk berada awal di masjid Jamek.Sampai di Masjid Jamek kami diarah untuk tidak berada dalam satu kelompok.Saya bersama Kak Zainab bersarapan pagi di Burger King Masjid Jamek.Saya diingatkan berhati-hati dimana sahaja lokasi kerana dimana-mana sahaja ada polis,termasuk polis yang menyamar sebagai pekerja di dalam restoran burger king tersebut.

Mula didalam pertahanan Polis
Telefon tidak lengkang dari tangan menerima masuk mesej dan panggilan pimpinan tentang maklumat-maklumat semasa yang perlu diekori dan disebarkan.Saya sedar saya telah diawasi oleh beberapa anggota polis sejak saya dan kak zainab berada di dalam restoran Burger King.Kami keluar dalam beberapa ketika datanglah 2 anggota polis meminta agar kami beredar dari kawasan tersebut.Kami pun beredar dari kawasan tersebut ke tempat lain.

Kami diberi arahan oleh Polis kali kedua
'Kalau kamu masih tidak beredar dari sini dalam masa 5minit kamu akan ditahan.
'Kami tetap berganjak dan hanya membuat 'bodoh' merayap sekitar Masjid Jamek tersebut.Sehinggalah kami dibawa ke dalam Van tahanan ke Pulapol.

Tolong silent Handphone.

ha ha ha ..aku tergelak besar apabila mendapat arahan seorang anggota polis wanita (muka garang) yang lagak beri arahannya macam pengawas perpustakaan.Banyak persoalan yang di lontarkan kepada kami.Kami mengelak untuk memberi jawapan.Bukan mereka juga tahu sebenarnya kami mahu hadiri Perhimpunan Tersebut.BIla ditanya apa guna garam dan kain merah ini.Kami buat bodoh sahaja.Kecuali ada beberapa sahabat saya yang berseloroh 'nak goreng ikan''nak halau jin'..

Sebelum saya diarah masuk ke dalam kenderaan tahanan,saya tidak ada barang yang ter'kantoi'.Mungkin kerana beg saya dipenuhi dengan coklat dan air mineral sebotol.Seorang anggota polis merampas handphone saya dan memberikan kepada saya semula kerana dia terpadam handhone saya. ha ha ha..sekali lagi tergelak besar dalam hati.Alia:kenapa puan padam handphone saya.Puan polis: Tolong Buka saya tak tahu lah tertekan apa sampai boleh terpadam.Saya pun membukanya dan membuka folder-folder yang ada dalam handphone.Alhamdulillah tidak ada apa yang dapat dikesan kerana maklumat telah pun dipadam awal-awal lagi selepas disebarkan.

Tiba di Pulapol
Kami ditanya bertubi-tubi soalan yang sama.Sekitar pukul 12.30 tengahari saya dan 11 orang wanita tahanan di panggil kemudian kami ditahan semula ke Maktab Polis diRaja Cheras.Atas sebab apa kami tidak tahu.Kami dijaga umpama banduan yang melakukan jenayah besar.Pergi kemana sahaja perlu ada polis disebelah walaupun mahu kedepan membuang sampah.hu hu hu.

PAda kali ini kami disoal siasat berkali-kali bagaikan mereka tidak puas hati selagi kami tidak memberikan keterangan yang betul.Beg-beg kami diselongkar habis-habisan dan akhirnya polis menjumpai garam dan kain merah didalam beg saya.Sahabat-sahabat lain juga diselongkar dan dirampas t-shirt kuning tanpa apa-apa lambang dan kertas A4 kuning tertulis 'DAULAT TUANKU'.

Kami Dibebaskan sekitar pukul 6.30 petang dan dihantar beramai-ramai ke LRT Sg Besi.Kami dijemput oleh AJK Pemuda Pusat tanpa ketahuan polis disitu dan ditempatkan dirumat Ketua Muslimat Taman Melewar.

Alhamdulillah kereta selamat di Bangsar
Awal pagi saya telah 'park' kereta saya berdekatan Lrt Bangsar.Saya meminta Pakcik yang membawa saya ke Lrt tersebut untuk saya mengambil semula kereta saya disana.Alhamdulillah semua selamat sehingga saya kembali ke Kerinchi.

MUHASABAH

Ikatan persaudaraan kami semakin rapat.Kami dapat memperkenalkan diri antara satu sama lain.Kami juga sama-sama dapat membaca alMa'thurat dan mendengar sedikit peringatan sepanjang tempoh tahanan tersebut.

Malam yang hening memuhasabahkan saya untuk lebih berhati-hati dan sentiasa yakin dengan pertolongan Allah.Alhamdulillah syukur ke atas Allah Ta'ala telah menyelamatkan kami semua dari gangguan dan tindakan tidak sepatutnya dari pihak musuh.

Saya yakin saya telah dipilih oleh Allah untuk berada dalam tahanan dan orang-orang lain dipilih Allah untuk berkejar-kejar dengan Anggota Polis dan berhadapan dengan ancaman-ancaman sepanjang perarakkan BERSIH 2.0 tersebut.

Mengapa kami ditahan 2kali?
Kami tidak dimaklumkan oleh pihak polis mengapa kami ditahan 2 kali.Saya bersedia melibatkan diri untuk menjadi saksi atau bukti keterangan peguam PR atas tindakan wrongful Detention keatas PDRM.Saya juga menuntut kes ini setegas-tegasnya.Meskipun kami ditanya bertubi-tubi dan diselongkar beg kami berkali-kali,kami tetap ditahan sehingga petang.Sedangkan tahanan-tahanan lain yang berada di Pulapol sudah dibebaskan lebih awal.

Seorang anggota polis berpangkat besar datang ke khemah pertahanan kami sebelum kami dibebaskan di Balai Polis Cheras.
Dia meminta agar semua gambar-gambar dan video-video di padam atas dasar keselamatan.
Yang menjadi satu kemusykilan.Tuan polis itu memberi arahan kepada anggota-anggota lain untuk cek hanya 2 atau 3 orang sahaja termasuk saya.Dalam handph0ne saya tidak ada gambar-gambar sepanjang tahanan kami di Cheras.Dan saya maklumkan kepada tuan tersebut didalamnya cuma ada gambar semasa ditahan di Pulapol dan masjid Jamek sahaja.Dia meminta anggota polis itu cek betul-betul di handphone saya.Saya sedia sahaja kerana memang tiada apa-apa gambar seperti yang dimaklumkan tadi.Dia tanya saya video ada.Saya kata tak da.Dia kata kamu tipu.Saya kata memang dalam handphone saya ada video tapi capture video sepanjang di balai polis Cheras tiada.

Jika sahabat berada ditempat saya.Apakah yang sahabat akan lakukan pada tuan polis tersebut?=)sekian..

Wednesday, April 20, 2011

MENGAKUI KELEMAHAN

Penulis blog adalah manusia seperti manusia lain yang mempunyai kelemahan tersendiri.Bisa bangkit dan bisa jatuh.Semua itu adalah ketentuan Allah.Dialah yang mengaturkan terbaik bagi hambaNya.Seringkali penulis ini diam tidak berbicara di 'Blog' atau berinteraksi dengan sahabat yang lain.Bukanlah ber'uzlah' atau menyisihkan diri pada masyarakat,tapi untuk mempersiapkan diri akan keperluan untuk dicampakkan kepada bidang yang lebih mencabar.

Sudah pastinya penulis ini tidak menjadikan cemuhan atau lontaran sangkaan manusia itu sesuatu yang negetif.Meskipun terlintas sedikit di lubuk hati yang kecil 'terkilan atau terkecil hati'.Seharusnya penulis ini di ajar untuk berfikiran terbuka menerima kritikan dan menjadi kritikan itu satu wasilah kemajuan dalam diri penulis.

Kini penulis sudah merasai hidup bermasyarakat berbilang kaum.Benar-benar merasai apabila sudah di alam pekerjaan.Bergaul dengan rakan sekerja bukan sealiran.Anak murid dijadikan rakan.Memberi pengajaran dan pengalaman.Berkongsi idea dan pandangan.Menunjukkan contoh dan tauladan.Lebih berhati-hati dengan ancaman.Dunia hari ini penuh dugaan.Lindungan dari Tuhan amat diharapkan...

Aku sering mengingatkan diriku.Hati orang dijaga.Hati keluarga jangan lupa.Kasih sayang perlu disemai.Namun apakan daya aku juga manusia.Ikut emosi dan membuat angkara.Namun aku tidak lupa keampunan Allah seluas RahmatNya.

Alhamdulillah.Aku telah siap menghantar permohonan Sarjana (master) di 2 universiti tempatan untuk kemasukkan sem 1 sesi 2011/2012 dalam bidang Usuluddin.Mudah-mudahan Allah permudahkan.Sudah tentu masa itu aku lebih perlu menjaga waktu.Sambil-sambil mencari pengalaman merantau di tempat orang.Musafir biasalah adat orang berjuang.

Maafkan andai diri ini banyak berbahasa yang sukar difahami oleh pembaca.Bahasa hati kadang lebih konkrit dari bahasa sastera.Kadang itulah nama juga manusia.Terhidu wangian sebelah taman namun tahi ditelapak tangan.Juga ada manusia berhias bagai pemaisuri gundik menjadi raja.Hakikatnya perancangan Allah itu sempurna.Lupa tidak lupa sahaja manusia ini,kita adalah serupa.Hanya Takwa menjadi beza.

Fenomena

Fenomena berhadapan dengan pelajar-pelajar bukan Islam.Apabila aku diagihkan untuk mengajarkan subjek UMUM dimana semua pelajar harus mengambil subjek ini.
Sukar bagiku untuk membahaskan 'isu-isu sensitiviti agama' dihadapan mereka bukan Islam.Aku yang mengajarkan subjek Tamadun Islam harus berjaga-jaga dengan pembahasan aku sendiri di dewan kuliah agar tidak menyentuh mana-mana sensetiviti agama masing-masing.
Terkadang perlu di warwarkan juga dengan motif memberi pemahaman kepada mereka.Contohnya dalam bab Perbezaan dan Persamaan antara Agama.

Bab Interaksi Antara Tamadun adalah bab kesukaan aku.Aku diberi peluang menceritakan kepada mereka tentang 'Kerajaan Kolonial Israel dan Amerika' dan datang menjajah di tanah sendiri.Semua itu perlukan banyak pembacaan agar fakta itu kukuh dan bukan satu andaian.Begitu juga Hegemoni Barat keatas Dunia.Aku rasa bab inilah yang mendapat ranking tertinggi antara bab-bab lain dalam subjek Tamadun Islam kerana respon yang mereka berikan dengan mengajukan soalan tentang pemikiran yang wujud dari barat contohnya Zionisme dan Freemasson kepadaku.

Aku lebih suka bercerita berbanding membahaskan apa yang ada dalam buku teks.
Gamdar-gambar dan video-video aku tayangkan kepada mereka dengan harapan dapat mendatangkan kecintaan mereka kepada Islam.Mudah-mudah Allah membantuku.
Walaupun tempoh aku bekerja disini mungkin tidak lama,aku berharap aku telah memberi infaq kepada pelajar-pelajar disini agar mereka memahami Islam.

Bukan Mudah....Alia memikirkan untuk menulis Blog..

Salam..kepada semua pembaca..
Entah mengapa hari ini terlintas dihati untuk menghantar posting di dalam blog yang sudah lame ber'abu'..

Mengapa..
Allah ..(seolah-olah mengeluh)
Melihat kelesuan PARTI-PARTI PEMBANGKANG di Negeri Johor.Bukan sekadar tiada jentera,namun tidak wujud kerjasama atau usaha gigih untuk menggugat sensitiviti politik UMNO JOHOR .Selepas PRK TENANG semua turut bertenang.
Perlantikan jawatanku sebagai Setiausaha Dewan Muslimat PAS kawasan Johor Bahru menjadi satu tamparan hebat bagiku.Menyedari ada agenda dan perancangan PAS yang perlu diambil kira untuk dipergiatkan terutamanya agenda-agenda bagi melicinkan kelangsungan PRU akan datang.

EKONOMI DMPJB 'ZERO TO HERO'
Bukan mudah.. untuk mengerahkan mereka hanya menginfaq RM 100 setiap orang bagi tujuan pelaburan dibawah Masjid Jamek Bandar Baru UDA.Ini adalah misi aku sekarang ini bagi menampung semula kewangan Dewan Muslimat Johor Bahru.
Hanya usaha ini.Infaq sahaja.hanya RM100.
Namun menjadi sukar..apabila ada beberapa pandangan tidak menggalakkan pelaburan kerana fenomena sekarang tidak lepas dari RIBA'.Allah...
Tidak mengapa.Oleh yang demikian,mantan ketua muslimat mengambil mandat untuk mengkaji sejauh mana 'kehalalan' pelaburan di bawah Masjid Bandar Baru UDA agar ia dapat menjadi bukti kewangan pelaburan Dewan Muslimat Jb dari mana ke mana adalah 'selamat'.

Bukan mudah..
Untuk menyusun semula organisasi dan pengagihan kerja.Usrah-usrah cawangan dipergiatkan semula.Penarikkan ahli baru mula dipergiatkan dengan apa cara sekalipun. Dengan memberikan jawatan kepada mereka,tanpa memikirkan mereka layak atau tidak layak.Sudah pasti,semua itu merupakan satu proses mencari pelapis dan memberi ruang kepada mereka menyuarakan pandangan bersama-sama AJK kerja DMPJB.

Memegang USRAH satu taklifan.
Usrah adalah bengkel tarbiah bermula dari marhalah yang pertama iaitu TA'arif.Disinilah diperkenalkan apa itu NILAI ISLAM dan ORGANISASI BERLANDASKAN AQIDAH.
Alhamdulillah..walau letih mana pun..Usrah akan terus berjalan.
Alhamdulillah..Di tempatku bekerja telah wujud hampir sebulan 'bengkel usrah' dengan kerjasama HALUAN.Mudahan menjadi istiqamah.Usrah itu tidak mampu bergerak jika ada satu penyakit dalam hati ahli iaitu MALAS.Tukarkan malas kepada RAJIN.Tukar jangan tak tukar.Taknak Tukar tunggu 'jawapan' dari Allah.

BUKAN MUDAH...untuk menggoyahkan penduduk Johor Bahru dengan isu-isu politik kotor UMNO di Johor khususnya.
Tidak mudah,hanya dengan mengadakan DEMOSTRASI tanpa mendapat sambutan rakyat di Johor seperti DEMO yang mereka adakan beberapa kali di depan Masjid Sultan Abu Bakar.
TIDAK mengapa..walaupun ia hanyalah satu himpunan kecil penunjuk perasaan tidak didengarkan SUARA mereka,namun ia menjadi satu titik mula PERJUANGAN PAS di JOHOR.

Bukan mudah mengatur strategik..
Mesyuarat Agong Tahunan Muslimat ke15 lepas memberi satu gambaran sudah tiba masa golongan muda mengambil tampok pemerintahan dan mewujudkan satu 'tranformasi.Semua ini adalah strategik.Strategik ini memberi kesempatan kepada kami untuk menyumbat sebanyak mungkin tenaga-tenaga muda (NISA')dalam organisasi DMPJB dalam merancang program-program DMPJB.Program pertama yang akan dilaksanakan adalah Tamrin Qiyadi pada 30 April dan 1 Mei ini (insyaAllah)
2 usul yang telah dipersetujui di dalam mesyuarat Dewan Harian Muslimat untuk dihantar ke Mesyuarat Agong Kawasan Johor Bahru pada 24 April ini.2 tajuk yang akan dibentangkan adalah 'Kemantapan Tarbiah dan Pengurusan Organisasi' dan 'Proaktif bagi mewujudkan hubungan dengan Parti Pembangkang'.

Bukan mudah..semua itu bukan mudah..
Untuk menyusun sistem fail di dalam otak yang terkadang 'jem' dan tidak mampu memberi sebarang respon.Maka dengan itu,ia perlu mengaktifkan AntiVirus Application Online kepada Allah Taala.ALLAH Taala sahaja mampu menjadikan susah kepada yang mudah.Tiada yang lain bukan ditangan manusia.Bukan suami saudara dan bukan isteri saudara.=)
Ingat..
'Barangsiapa membantu Agama ALlah ,Allah akan membantunya...'(peringatan diri sendiri)
Takbir!!