Wednesday, April 20, 2011

Fenomena

Fenomena berhadapan dengan pelajar-pelajar bukan Islam.Apabila aku diagihkan untuk mengajarkan subjek UMUM dimana semua pelajar harus mengambil subjek ini.
Sukar bagiku untuk membahaskan 'isu-isu sensitiviti agama' dihadapan mereka bukan Islam.Aku yang mengajarkan subjek Tamadun Islam harus berjaga-jaga dengan pembahasan aku sendiri di dewan kuliah agar tidak menyentuh mana-mana sensetiviti agama masing-masing.
Terkadang perlu di warwarkan juga dengan motif memberi pemahaman kepada mereka.Contohnya dalam bab Perbezaan dan Persamaan antara Agama.

Bab Interaksi Antara Tamadun adalah bab kesukaan aku.Aku diberi peluang menceritakan kepada mereka tentang 'Kerajaan Kolonial Israel dan Amerika' dan datang menjajah di tanah sendiri.Semua itu perlukan banyak pembacaan agar fakta itu kukuh dan bukan satu andaian.Begitu juga Hegemoni Barat keatas Dunia.Aku rasa bab inilah yang mendapat ranking tertinggi antara bab-bab lain dalam subjek Tamadun Islam kerana respon yang mereka berikan dengan mengajukan soalan tentang pemikiran yang wujud dari barat contohnya Zionisme dan Freemasson kepadaku.

Aku lebih suka bercerita berbanding membahaskan apa yang ada dalam buku teks.
Gamdar-gambar dan video-video aku tayangkan kepada mereka dengan harapan dapat mendatangkan kecintaan mereka kepada Islam.Mudah-mudah Allah membantuku.
Walaupun tempoh aku bekerja disini mungkin tidak lama,aku berharap aku telah memberi infaq kepada pelajar-pelajar disini agar mereka memahami Islam.

No comments:

Post a Comment