Undang-undang adab dan budi pekerti membentuk kemerdekaan bekerja. Undang-undang akal membentuk kemerdekaan berfikir. Dengan jalan menambah kecerdasan akal, bertambah murnilah kemerdekaan berfikir. (Hamka).
Friday, June 12, 2009
blog kali-2
SALAM... ni adlh blog yang ke2 sbnrnyer..yang pertame wat mase 2007 tak tahu nak log in camner.. luper password laaa.....('',) Selamat melayari...
Sejarah PAS Kawasan Johor Bahru PARTI Islam Se Malaysia (PAS) Kawasan Johor Bahru adalah antara cawangan PAS yang terawal ditubuhkan di negara ini. Jika dilihat dari rekod asal, PAS Cawangan Johor Bahru (kini disebut Kawasan) telah ditubuhkan pada 1 Mac 1954 iaitu setelah beberapa tahun PAS ditubuhkan di peringkat persekutuan iaitu pada 23 Ogos 1951. Justeru kerana usianya yang awal, jika dilihat ahli-ahlinya bukan sahaja terdapat di kawasan Johor Bahru tetapi sehingga melintas sempadan antarabangsa iaitu sehingga di Singapura kerana Singapura pada masa tersebut belum lagi dipisahkan dari Malaysia. Parti Islam SeMalaysia Johor Bahru juga telah melahirkan ramai tokoh kepimpinan yang berkaliber dan diiktiraf sehingga ke peringkat pusat seperti Tuan Haji Husin bin Besar yang merupakan antara tokoh penting di dalam usaha menubuhkan PAS. Beliau juga telah menerajui PAS Negeri Johor selama beberapa penggal dan kini masih sihat dan bersemangat terhadap perjuangan yang suci ini. Oleh kerana menghadapi masalah dengan Pejabat Pendaftar Pertubuhan, maka Parti Islam Se Malaysia Kawasan Johor Bahru ini terpaksa didaftarkan semula pada tahun 80an. Oleh yang demikianlah, kita seolah-olah melihat bahawa usia PAS kawasan Johor Bahru hanya baru mencapai usia beberapa belas tahun. Kita berdoa semoga peneraju Parti Islam SeMalaysia (PAS) Kawasan Johor Bahru ini beroleh bantuan dan rahmat Allah untuk meneruskan perjuangan yang mulia ini sesuai dengan usianya yang telah hampir menjangkau separuh abad. Tokoh-Tokoh Peneraju Parti Islam SeMalaysia (PAS) Kawasan Johor Bahru
1986 - 1987 : Abdullah bin Hussin 1987 - 1989 : Haji Hasan bin Habib 1989 - 1991 : Haji Husin bin Besar 1991 - 1995 : Drs. Haji Abu Bakar bin Othman 1995 - 2001 : Encik Rosli bin Kemin 2001 - 2003 : Haji Ghazali bin Md. Salleh 2003 - 2005 : Encik Rosli bin Kemin 2005 - 2007 : Ustaz Hishamudin Ismail (Pemangku) 2007 – sekarang : Encik Rosli bin Kemin
No comments:
Post a Comment