Sunday, June 14, 2009

PECAHAN ILMU DAN KELOMPOK ISLAM

sudah kebiasaan bagi para penuntut ilmu agama membincangkan masalah yang berkaitan dengan agama,hukum,dan yang sewaktu dengannya samaada perbincangan itu usul ataupun furu'.masih didalam perbincangan pecahan ilmu ini semakin dikupas semakin bertambah masalah-masalahnya.bila masalah ini akan selesai??
inilah dinamakan pecahan-pecahan ilmu yang tidak akan pernah berhenti selagi dunia ini tidak berakhir.
kupasan sehingga penyelasaian masalah boleh dikatakan ia cenderung pada pemikiran satu iktiqad atau aqal individu mengikut sumber yang dipercayai.
boleh dikatakan ini adalah antara faktor utama menyebabkan berlakunya pecahan-pecahan kelompok dalam Islam seperti kewujudan fahaman wahabi,syi'ah sekularisma dan banyak lagi.
menyedari hakikat ini,saya berpendapat janganlah kita yang menjadi pencetus isu yang berkait rapat dengan iktiqad atau hukum seandainya bukan kemaslahatan umat.
contoh perbincangan isu wanita berniqab.haram tengok bola.menghukum kafir terhadap seseorang dan yang sekutu dengannya.
ya,ini satu perbincangan ilmiah namun hendaklah kita sedari dan memandang ke dalam lensa aqidah masyarakat sekarang yang pelbagai.
cukuplah kita sudah terdedah luas dalam perbentangan ilmu ulama turas dan muatharah,fatwa,ijma' dan qias.(selain dari alquran dan hadis)
ditakuti apabila kita tidak didasari dengan sumber diatas kita terkeluar dari landasan yang sebenar dan yang paling digeruni kitalah pembawa fitnah dalam islam
sama-sama kita fikirkan...
kita penyelesai masalah bukan pencetus masalah.




No comments:

Post a Comment