Friday, September 4, 2009

PEMBANGUNAN BERSAMA DATUK SRI DR. NAJIB TUN ABD. RAZAK PERDANA MENTERI MALAYSIA 2009

Satu malaysia,
rakyat didahulukan,
pencapaian di utamakan.
sebuah alternatif kerajaan yang agak menarik saya kira di pandangan mereka sahaja,bertujuan mengembalikan semangat nasionalisma dan pembangunan negara.
satu transformasi yang jitu dan memandang kepada satu pebangunan negara.
kecemerlangan minda dan pendidikan menjadi fokus mereka.
sebuah kualifikasi dan propaganda hebat di laman web..
lagu satu malaysia dipertandingkan,
logo,foto dan bermacam lagi..
faizal tahir menang untuk lagu satu malaysia (siti kalah..huhu)
kerana lagu dapat menjiwai individu..
jadi lagu patriotik dapat menggembalikan semangat nasionalisma..
(lagu tidur boleh buat org tertido..)

terima kasih kepada sahabat yang meminta pandangan saya untuk mengulas sedikit tema 1 malaysia yang merupakan tema pm kali ini.
pada hakikatnya saya kurang berminat untuk mengulas isu pemerintahan malaysia . maklumlah saya masih belajar dan kurang pasti tentang perbincangan parlimen umno tentang pembawakkan mereka pada kali ini atau mungkin saya tahu tapi malas nak layan...

melalui lensa optimis saya,mekanisma kerajaan untuk pembangunan rakyat gilang-gemilang.
namun aplikasi dan implikasi bukanlah menunjukkan untuk jangka masa yang panjang.
mungkin sehingga wawasan 2020 sahaja (hanya seloroh)
bagi pandangan saya,tema dan pembawakkan satu maslaysia adalah retorik kerajaan pada sudut politik mereka kepada rakyat demi barisan nasional.

menjadi persoalan..
bagaimanakah mekanisma pm kita pada tema ini?adakah sama seperti sebelum ini-islam hadhari?adakah mereka melihat perpecahan antar-kaum?
atau baru datang kesedaran mereka kepada keutamaan penyatuan antar-rakyat?
setelah apa terjadi..??
setelah mereka melihat kaum india dan china mula optimis kepada parti kabinet menunggu?

islamisasi perundangan negara..
paklah bersama islam hadharinya..
bila paklah turun islam hadhari pon tarak...makanya boleh jadi pengerusi islam hadhari transfer ke pengerusi 1 malaysia.
bagaimankah pula islamisasi pm kita pada kali ini??

'KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak meminta umat Islam berusaha sedaya upaya mentransformasi diri mengikut isi kandungan al-Quran secara menyeluruh bagi menggalakkan pembudayaan ilmu dan mengaplikasikan setiap ajaran dituntut secara holistik.

benarkah?sejauh mana aplikasi?
erm..sebuah rentetan yang kurang positif dan efektif.

adakah tranformasi ini sekali lagi telah menunjukkan kelemahan politik pemerintahan malaysia?
apakah pembawakam pm akan datang pula?
adakah beliau dapat menggangkut semua pembawakkan-pembawakkan pm dari pertama kalinya hingga kali ini?
beliau mampu menjadikantema-tema ini simbolika rantai perjuangan mereka dan menampakkan mereka bersatu di bawah parti barisan nasional?

sahabat yang saya hormati,
malaysia pada saya menuju kepada nasionalisma semenjak 50 lebih tahun dibawah tampok kepimpianan umno.
mari kita fikir semula,
nasionalisma adalah sebuah ideologi barat.mereka pernah menghidupkan rasa nasionalisma turkey. namun mereka gagal kerana berlaku perpecahan antar- kaum turkey dan turkey asli pada masa itu.
begitu juga di maroko, pemerintah perancis merancang mewujudkan nasionalisma disana namun gagal.
"..benar juga agama kita menghilangkan rasa nasionalisma sempit ini,dan merobek rasdiskriminasi..: ulas umar hashim dalam penulisannya toleransi dan kemerdekaan beragama dalam islam.1979.
pembawakkan nasionalisma barat ini sempit menuju rasdiskriminasi moden.

seberapa banyakkan persoalan saya mengenai usul ini.
supaya sahabat dapat melihat dan berfikir sejauh mana dan setakat mana pembawakkan mereka dan bagaimana pula implikasinya.
banyak lagi yang boleh kita fokuskan.
dari sudut islamisasi perundangan dan pemerintahan.
begitu juga ekonomi..
dari sudut sosio-teknologi dan penciptaan nuklear contohnya..
negara kita mengambil pakar-pakar luar negara antaranya amerika,german,dan eropah untuk pembinaan teknologi dan nuklear.
adakah anda tahu? di iran mereka telah mencipta bahan nuklear mereka sendiri.
(jadi barat dok pk camna nak serang negara depo nih..bom apa depo pakai.....)

kita mengambil mereka menjadi konselor kita.
hampir semua sudut kita meniru rentak mereka.
mereka mengawal hampir semua pembangunan dan teknologi dinegara kita.
jadi hitunglah sendiri..
adakah negara kita sudah manjadi kepunyaan barat sepenuhnya...??
sama-sama kita fikirkan..

1 malaysia..
hanyalah retorik sahaja..

alkisah..
saya hanya dapat membuat solusi secara umum dan masih kurang mengetahui fakta-fakta rasional yang boleh menguatkan hujah saya.
mungkin ini adalah pandangan dari sudut teori ilmiah saya sahaja.
banyak laman-laman web yang mengupas isu-isu pemerintahan malaysia.
buatlah pertimbangan dari lensa ilmiah.
pilihan ditangan kita.

' kitalah yang mengubah dunia dan jangan biarkan dunia mengubah dunia'
sekian terima kasih.

No comments:

Post a Comment